Romelu Lukaku dan Wayne Rooney. 2 penyerang, berbisa kisah. Manchester United akan menjadi tuan rumah kepada Everton dalam perlawanan minggu ke-5 Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad akan datang.
Perlawanan ini akan menemukan kedua-dua pemain dengan bekas kelab masing-masing sejak kedua-duanya berhijrah menukar arah bertentangan dalam misi mencari cabaran baru.
Bagaimanakah perjalanan karier masing-masing setakat ini?
Rooney dan Everton sehingga 4 perlawanan
Everton menerima bayaran bernilai £75 juta untuk penyerang antarabangsa Belgium itu pada Julai lalu. Walaupun aktif di pasaran pemain pada jendela perpindahan yang musim panas, hakikatnya Everton tidak mencari pengganti yang setara dengan kebolehan Lukaku.
Sebaliknya, Ronald Koeman dan Everton sekadar berpuas hati untuk mengalukan kembali Wayne Rooney dan juga produk La Masia, Sandro Ramirez ke Goodison Park.
Everton adalah antara pasukan yang paling aktif di jendela perpindahan lalu dengan kemasukkan penjaga gol Jordan Pickford yang bernilai £30 juta daripada Sunderland; pertahanan tengah Micheal Keane, £30 juta; dan pemain tengah Gylfi Sigurdsson serta Davy Klassen yang masing-masing tiba dengan tanda harga £45 juta dan £23.6 juta.
Namun selepas 4 perlawnan EPL setakat ini, usaha Koeman seperti belum membuahkan hasil dan merupakan pertahanan ke-4 yang paling teruk dibolosi di kalangan 20 pasukan yang bertanding.
Everton hanya menjaringkan 2 gol setakat ini dan bolos 6 kali, termasuk 3 gol yang dilepaskan ketika tewas mudah kepada Tottenham Hotspur pada minggu lalu.
Wayne Rooney adalah penjaring kedua-dua gol Everton setakat ini. Manakala rakan penyerang, Dominic Calvert-Lewin hanya merekodkan 2 percubaan tepat dan Ramirez belum mampu melakukan sebarang percubaan setakat ini.
Lukaku menjadi bersama United
Romelu Lukaku melalui pengalaman yang berbeza berbanding Everton sejak menyertai Manchester United. Lukaku mengumumkan ketibaannya dengan Manchester United dengan 2 gol dalam perlawanan pertama kempen musim ini menentang West Ham.
Ini diikuti dengan 1 lagi jaringan dalam perlawanan menentang Swansea dan yang terakhir hadir ketika seri dengan Stoke pada hujung minggu yang lalu , menjadikan jumlah 4 gol dijaringkan daripada 4 perlawanan EPL setakat ini.
Lukaku bukan sahaja menjaringkan lebih banyak gol daripada Everton setakat ini. Pemain berusia 24 tahun ini juga mempunyai percubaan tepat dan percubaan ke arah gol yang lebih banyak daripada keseluruhan skuad Everton.
Secara purata, Lukaku menjaringkan 1 gol untuk setiap 4 percubaan yang dilakukannya. Ini bermakna Lukaku menyempurnakan 28.57% percubaannya dengan jaringan berbanding hanya 8% yang dilakukan oleh keseluruhan skuad Everton.
Jika gandingan Lukaku, Marcus Rashford dan juga Paul Pogba diambil kira, trio ini telah menghasilkan 21 percubaan tepat sepanjang musim ini.
Manakala gandingan Wayne Rooney, Calvert-Lewin dan juga Klassen hanya menghasilkan 6 percubaan tepat sepanjang 4 perlawanan yang sudah dilalui.
Kesimpulan
Berdasarkan statistik di atas, jelas Everton perlu mencari penyelesaian segera untuk mengekang Lukaku dan rakan gandingan barunya di Old Trafford.
Bolehkah Everton menemui sentuhan penyudah tanpa Lukaku?
Atau adakah Rooney akan membuktikan dirinya masih seorang penyerang digeruni di England dengan jaringan menentang bekas kelab yang pernah menyanjung namanya?
Sumber:
1. Adam Smith, Sky Sport (2017): Goalscoring form of Manchester United’s Romelu Lukaku compared with his former club Everton; http://www.skysports.com/football/news/11096/11033643/lukaku-outscores-everton