Romelu Lukaku Ditahan Polis Beverly Hills, Didakwa Ganggu Ketenteraman Awam

Romelu Lukaku jelas tidak putus menghangatkan laporan media berkenaan dirinya. Bagaimanapun, laporan pada kali ini bukanlah mengenai perpindahannya ke Old Trafford pada musim hadapan.

Penyerang Everton yang akan diumumkan sebagai pemain Manchester United, Romelu Lukaku (gambar bawah) diarahkan untuk menghadirkan diri ke mahkamah di Amerika Syarikat selepas ditahan atas tuduhan membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam pada minggu lepas.

Manchester United mengumumkan kelab itu telah mencapai persetujuan dengan Everton berkenaan yuran perpindahan £75 juta untuk membawa Lukaku ke Old Trafford pada musim hadapan semalam.

Pemain antarabangsa Belgium itu dilaporkan akan menjalani ujian kesihatan di Los Angeles sebelum menandatangani kontrak untuk menyertai skuad Red Devils.

Romelu Lukaku kemudiannya dijangka akan menyertai rakan sepasukan baharunya untuk siri jelajah Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada persiapan pra musim untuk menghadapi musim 2017-2018.

Namun sebelum perpindahan meganya itu menjadi kenyataan, pihak polis Beverly Hills telah dipanggil sebanyak 6 kali oleh pengadu kerana bunyi bising yang dilaporkan datang dari rumah yang disewa Romelu Lukaku.

Romelu Lukaku dilaporkan sedang bercuti dan mengadakan satu parti besar pada hujung minggu yang lalu. Parti berkenaan menyebabkan bunyi bising yang keterlaluan dan mengundang aduan daripada penduduk setempat.

Walaupun sudah dihubungi oleh pihak polis dan diarahkan untuk mengurangkan bunyi bising, arahan itu seolah-olah tidak diendahkan oleh Lukaku dan tetamu jemputannya.

Ini menyebabkan pihak polis terpaksa bertindak dan mengunjungi kediaman yang disewa oleh Lukaku yang kemudiannya ‘ditahan’ atas kesalahan menganggu ketenteraman.

Bagaimanapun, penyerang berusia 24 tahun itu tidak dibawa ke balai polis. Lukaku diserahkan petikan (citation) tahanan (gambar atas)- juga akan dimasukkan ke dalam rekod sebagai tahanan, mengikut perundangan California.

Ibu Pejabat Polis Beverly Hills mengesahkan Romelu Lukaku wajib untuk hadir ke mahkamah pada Oktober akan datang.

Tidak dapat dipastikan jikalau seorang lagi bintang Manchester United, Paul Pogba turut menghadiri parti tersebut setelah media sebelum ini melaporkan kedua-dua pemain yang berkongsi ejen itu menghabiskan masa cuti bersama sebelum kembali untuk latihan pra musim.

Pengurusan Manchester United dijangka tidak akan mengendahkan perkara ini, namun akan memberi amaran keras untuk segala tindak tanduknya pada masa akan datang.

Sumber:

1. Squawka (2017): Romelu Lukaku to appear in US court in October after house party arrest;
http://www.squawka.com/news/romelu-lukaku-arrested-after-six-police-callouts-to-beverly-hills-mansion-party/967787#hpkoJMQxzQgcU4QM.97

2. BBC (2017): Romelu Lukaku: Everton striker arrested last week in Los Angeles after noise complaint;
http://www.bbc.com/sport/football/40545516

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN