Abdelhak Nouri Rebah Di Atas Padang, Ajax Dan Werder Bremen Tunda Perlawanan

Pemain tengah pasukan Ajax, Abdelhak Nouri rebah dalam satu perlawanan persahabatan membabitkan pasukan itu menentang Werder Bremen semalam.

Perlawanan yang diatur sebagai sebahagian daripada persiapan pra musim kedua-dua pasukan itu dihentikan serta merta selepas kejadian, tersebut.

Laporan daripada akaun media sosial twitter Ajax menjelaskan Abdelhak Nouri, 20 tahun mengalami masalah aritmia jantung.

Aritmia jantung (heart arrhythmia) ialh keadaan yang menyebabkan detak jantung menjadi terlalu cepat, terlalu lambat, atau tidak teratur. Ia adalah ketidaktentuan detak jantung.

Bagaimanapun Abdelhak Nouri dilaporkan stabil walaupun masih belum sedar daripada koma.

Pada minit ke-72 perlawanan yang dilangsungkan di Lendenstadion di Hippach, Austria itu, Abdelhak Nouri kelihatan terbaring di atas padang dengan keadaan yang tidak selesa.

Ambulan dan paramedik berkejar ke padang untuk memberikan bantuan kecemasan.

(Photo by VI Images via Getty Images

Sebuah helikopter kemudiannya mendarat untuk memberikan bantuan kepada pasukan medik yang memberi rawatan kecemasan kepada Nouri.

Penyokong yang hadir juga diarahkan untuk meninggalkan kawasan stadium ketika pengumuman perlawanan ditangguhkan.

Beberapa ketika setelah tiba di hospital dengan penerbangan helikopter, Ajax mengeluarkan kenyataan memaklumkan pemain muda berkenaan berada dalam keadaan yang lebih stabil.

“Nouri mengalami masalah aritma jantung. Beliau berada dalam keadaan stabil, dan kini sedang ditidurkan untuk membenarkan beliau berehat,” ujar Ajax melalui mesej Twitter.

Pengarah Kelab Ajax, Edwin Van Der Sar kemudiannya turut memberitahu media bahawa detik kritikal sudah berjaya diharungi oleh Nouri.

“Ia boleh menjadi kes yang lebih teruk. Pada satu masa, kami berpendapat kejadian ini akan menjadi teruk memandangkan kakinya tidak bergerak langsung,” ujar lagenda penjaga gol Manchester United itu.

“Keluarga dan rakan-rakannya akan tiba esok (hari ini). Pihak kelab akan memberi sokongan sepenuhnya untuk Nouri.” Ujar Van Der Sar lagi.

Sumber:

1. Telegraph (2017): Ajax pre-season friendly abandoned after Abdelhak Nouri collapses on pitch;
http://www.telegraph.co.uk/football/2017/07/08/ajax-pre-season-friendly-abandoned-abdelhak-nouri-collapses/

2. The Guardian (2017): Ajax’s Abdelhak Nouri ‘out of danger’ after collapsing during friendly;
https://www.theguardian.com/football/2017/jul/08/abdelhak-nouri-ajax-collapses-during-friendly

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN