Rombakan Baharu Kuching City, Hanya 1 Pemain Import Musim Ini Dikekalkan?

Tatkala tumpuan diberi kepada beberapa pasukan besar untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, tampil Kuching City yang dilihat masih lagi tiada sebarang perkhabaran baharu.

Kuching City yang tampil dengan positif musim ini menamatkan cabaran Liga Premier di kedudukan ketiga terbaik dan mara ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2022.

Kelab yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman iaitu Irfan Bakti Abu Salim bersama Sulaiman Hussin ini berjaya mempamerkan aksi cukup terbaik bersama barisan pemain muda serta tonggak senior.

Lebih membanggakan, penyerang import mereka iaitu Abu Kamara juga dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Premier menerusi 11 gol diledak beliau.

Untuk saingan musim hadapan, Semuanya BOLA telah pun mendapat info daripada sumber dipercayai mengenai calon-calon pemain import akan dibawa masuk kelab tersebut.

Selain import, beberapa pemain tempatan berpengalaman juga dijangka bakal menbarisi pasukan tersebut untuk menambah sengat mereka bagi terus memberi saingan buat kelab lain.

Jelas sumber tersebut, musim depan menyaksikan Kuching City hanya mengekalkan seorang sahaja pemain import mereka dan selebihnya akan digantikan tonggak baharu.

Antara pemain yang bakal dibawa masuk kelab tersebut merupakan salah seorang penyerang kebangsaan dari benua Afrika dalam misi memperkukuhkan posisi tersebut.

Lebih menarik, penyerang tersebut masih lagi muda dan kini menjadi salah satu bintang utama buat pasukan negaranya untuk menjadi peledak utama.

Seterusnya, pasukan itu juga kini dalam misi untuk mendapatkan seorang pemain kebangsaan Timor Leste dan tidak dinyatakan posisi beliau.

Pada masa sama, seorang pemain yang beraksi di posisi tengah dari Uzbekistan juga dikhabarkan berada dalam pemantauan mereka untuk dibawa masuk selain pertahanan dari Serbia.

Untuk barisan tempatan pula, Kuching City dikatakan berjaya memancing beberapa pemain bintang berpengalaman untuk bergandingan bersama barisan anak muda kelab tersebut.

Jelas Kuching City kini dilihat telah pun membuat persediaan rapi secara diam dan sumber juga turut menyatakan segalanya akan diumumkan pada awal bulan hadapan.

Menarik juga untuk melihat bagaimana jurulatih berpengalaman seperti Irfan Bakti menggunakan kepakaran beliau untuk menghadapi pasukan-pasukan lebih besar menerusi perancangan taktikalnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN