Pulang Dari Slovakia, Adakah Egy Maulana Minat Sertai Liga Malaysia?

Penyerang kebangsaan Indonesia iaitu Egy Maulana Vikri ketika ini tampil dalam saingan Piala AFF 2022 bersama Indonesia tanpa sebarang kelab untuk diwakili selepas beliau sah meninggalkan negara Slovakia.

Sebelum itu, Egy merupakan salah seorang pemain Indonesia yang berjaya menempatkan diri di luar negara untuk beraksi bersama FC ViOn Zlate Moravce dalam saingan Slovak Super Liga.

Namun, kontrak pemain tersebut terpaksa ditamatkan lebih awal atas persetujuan bersama walaupun Egy masih mempunyai tempoh sehingga 31 Mei 2023.

Sepanjang bersama pasukan tersebut, rekod Egy sebenarnya tidak terlalu teruk untuk pemain dari Asia Tenggara, selepas beliau berjaya beraksi dalam sembilan perlawanan keseluruhan dan mencipta satu bantuan jaringan.

Kini, Egy bersama-sama kem kebangsaan Indonesia untuk menjalani persiapan terakhir sebelum saingan Piala AFF bermula tidak beberapa hari sahaja lagi.

Timbul satu persoalan mengenai masa depan Egy seterusnya dalam karier bola sepak, jika beliau ingin terus beraksi di Eropah atau memulakan langkah baharu bersama kelab Asia Tenggara.

Menurut laporan dikeluarkan oleh laman sukan Bola.com, Egy menyatakan beliau masih belum mahu membuka mulut mengenai masa depannya dalam dunia bola sepak dan mahu memberi fokus untuk skuad kebangsaan.

Tampil berpengalaman di luar negara, aksi Egy pastinya ditagih Shin Tae-yong untuk membantu Indonesia di bahagian serangan pada saingan tersebut.

Sepanjang karier Egy dalam dunia bola sepak profesional, beliau belum pernah mewakili mana-mana kelab tempatan di negaranya selepas pemain itu memulakan karier bersama Lechia Gdansk di Poland.

Selain mungkin akan menyetai kelab saingan Liga 1 Indonesia, Egy juga mungkin berpeluang untuk mencipta nama di Malaysia seperti rakan sepasukannya sebelum itu.

Antara pemain Indonesia yang berjaya tampil menyerlah dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) ialah Andik Vermansah dan kini, Saddil Ramdani bersama Sabah.

Peluang untuk Egy menaikkan kembali nama beliau boleh berlaku jika pemain itu mengambil Saddil sebagai contoh terbaiknya yang menjadi nadi utama buat Sabah, serta salah seorang import konsisten dalam saingan Liga-M.

Ketika ini, setiap pasukan Liga-M sedang membuat persiapan rapi untuk menandatangani pemain-pemain baharu mereka, dan kelibat Egy pastinya menarik minat mana-mana kelab untuk cuba mengintai dapatkan khidmatnya.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN