Pemain Ini Nekad Tinggalkan Kelab Pinjamannya, Sejam Lepas Dituduh Nazi Oleh Penyokong

Seorang pemain Real Betis yang dipinjamkan ke Rayo Vallecano telah kembali ke kelabnya selepas beliau diejek oleh penyokong Rayo Vallecano.

Roman Zozulya yang merupakan pemain Real Betis telah pun kembali ke kelab beliau itu selepas beliau dituduh oleh sebahagian besar penyokong Rayo Vallecano dengan tuduhan yang beliau merupakan pengikut fahaman Neo-Nazi.

Sejam saja dah balik

Kehadiran Zozulya ke Rayo Vallecano amat tidak disenangi oleh penyokong di sana.

Hal ini terbukti apabila beliau telah diganggun oleh penyokong kelab tersebut ketika sesi latihan pertama dan juga yang terakhir beliau bersama kelab tersebut.

Penyokong Rayo Vallecano yang rata-ratanya adalah penyokong ideologi berhaluan kiri, telah menayangkan kain rentang “di sini bukan tempat untuk orang Nazi” di padang latihan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, Zozulya juga diarahkan oleh penyokong-penyokong Rayo Vallecano untuk pergi dari kelab mereka serta merta.

Dipandang buruk

Sejak tiba dari Dnipro untuk bermain dengan Real Betis, Zozulya sering menerima reputasi negatif dari pihak media Sepanyol.

“Sejak saya tiba, saya terima pelbagai reputasi negatif dari pihak media di Sepanyol.”

“Pada waktu itu, saya memakai baju yang mempunyai logo Ukraine ketika tiba di lapangan terbang. Media lepas itu buat cerita kata saya pakai baju ada lambang gerakan yang berunsur negatif.”

Liputan media itu telah menyebabkan Real Betis terpaksa meminta akhbar yang melaporkan berita tersebut menarik balik laporan mereka itu.

Akhbar tersebut kemudiannya meminta maaf diatas kesilapan mereka.

Zozulya telah pun pulang ke Real Betis, namun beliau tidak boleh didaftarkan kerana peraturan liga yang tidak membenarkan sesebuah pemain didaftarkan lebih 2 kali dalam 1 musim.

Beliau bagaimana pun telah menulis surat terbuka untuk semua penyokong Rayo Vallecano, namun begitu reaksi dari penyokong tersebut tidaklah begitu positif.

Hal ini kerana, majoriti daripada mereka tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh beliau.

“Beliau sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Jelas sekali beliau tidak sangka perkara itu akan berlaku.” kata kelab wakil Real Betis.

“Beliau cuba untuk yakinkan penyokong mereka dengan menulis surat namun ia sukar untuk mendapat kepercayaan dari mereka. Tetapi kami disini akan sentiasa menerima beliau.”

Baca juga: Barcelona Tewaskan Atletico Madrid, Luis Suarez Jaring Gol Solo Menarik

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN