AS Roma Tewaskan Milan Di San Siro, Penyokong AC Milan Mahukan Ancelotti!

AS Roma memberikan kekalahan ke-3 untuk Milan setakat ini dalam saingan Serie A 2017/18. Montella berhadapan dengan rakan lamanya ketika membantu Roma menjuarai Serie A pada 2000/01.

2 gol AS Roma adalah sumbangan Edin Dzeko dan Alessandro Florenzi. Kekalahan Milan ini membuatkan legenda AS Roma yang juga pengurus Milan, Montella dalam tekanan.

Sebelum perlawanan beliau sempat berjenaka tentang Ancelotti menyatakan yang beliau terbuka untuk menerima Ancelotti menjadi pembantu beliau di AC Milan.

Ini selepas wartawan bertanya akan pandangan beliau tentang pemecatan Ancelotti yang boleh mengancam kedudukan beliau.

Milan bergelut dengan sistem 3-5-2 sekali lagi. Hakan Calhanoglu dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-80.

Kekalahan ini adalah yang kedua berturut-turut di dalam Serie A. Sebelum ini mereka juga tewas 2-0 di tangan Sampdoria. AS Roma pula sudah membuka langkahan mereka untuk menjadi pesaing kejuaraan pada musim ini.

Di media sosial, penyokong AC Milan mulai melancarkan kempen Montella Out dan mahukan pihak pengurusan melantik semula pengurus legenda mereka, Carlo Ancelotti yang kini sedang menganggur.

MADRID, SPAIN – SEPTEMBER 28: Carlo Ancelotti, Manager of Bayern Muenchen looks on before the UEFA Champions League group D match between Club Atletico de Madrid and FC Bayern Muenchen at the Vicente Calderon Stadium on September 28, 2016 in Madrid, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Selepas ini, AC Milan akan berhadapan dengan seteru utama mereka, Inter Milan yang juga dalam prestasi lebih baik daripada mereka. Pastinya, Montella mahu membuktikan sesuatu di dalam perlawanan tersebut.

Apa pandangan anda semua? Adakah anda rasa Montella perlu diberikan masa lagi? Atau, adakah anda rasakan Ancelotti akan mengambil alih? Kongsikan pandangan anda dengan kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN