Sepakan Gunting Missi Jonas Selamatkan Ingress FC Dan Ikat Puchong Fuerza 1-1

Perlawanan di antara Puchong Fuerza FC dan Ingress Penchala FC berakhir dengan keputusan 1-1 dalam perlawanan yang cukup sengit dan tegang di Stadium Panasonic, Shah Alam.

Walaupun bermain dengan 10 orang sahaja, Fuerza berjaya mematahkan serangan-serangan Ingress pada 20 minit terakhir perlawanan.

Fuerza memulakan perlawanan dengan tempo yang tinggi dan laju. Walaupun pertarungan di bahagian pemain tengah kelihatan seimbang, Fuerza berjaya membuat lebih banyak cubaan dalam separuh masa pertama dan berjaya mengawal permainan.

Fuerza mendapat gol seawal minit ke 26 setelah pemain import mereka, Ahmed Abu Bakr menjaringkan gol dari sudut yang sempit. Abu Bakr mempamerkan ketajaman dalam menyudahkan peluang yang ada walaupun dalam ruang yang sempit.

Dalam perlawanan kedua buat Ingress ini, mereka masih lagi kelihatan seperti pasukan yang baru dan kurang memiliki keserasian. Pemain tengah Ingress cepat untuk membuat hantaran ke kotak lawan tanpa mengambil masa mereka untuk membina momentum dahulu.

Perlawanan menjadi semakin tegang dalam separuh masa kedua dan pengadil terpaksa melayangkan sebanyak 6 kad kuning. Ingress berjaya membuat beberapa perubahan kepada corak permainan mereka dan berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-51 dari sepakan sudut.

Gol dijaringkan oleh Missi Missi Jonas, pemain import Ingress. Jonas melakukan sepakan overhead kick di dalam kotak ketika bola tidak berjaya dikeluarkan oleh pemain Fuerza. Gol Jonas ini semestinya akan tercalon di dalam senarai gol terbaik minggu ini.

Keamatan perlawanan semakin meningkat apabila Ingress berjaya mendapatkan gol. Pada separuh masa kedua, bola lebih banyak dikawal oleh Ingress. Fuerza yang diasak oleh Ingress, terpaksa bergelut untuk mendapatkan bola.

Perlawanan dicalari dengan kad merah apabila kedua-dua pemain dari Ingress dan Fuerza berebut bola dalam situasi 50-50. Malang sekali, pemain Fuerza, Nazri Yusof dilayang kad merah kerana dianggap bermain dengan bahaya apabila mengangkat kakinya untuk mendapatkan bola.

Perlawanan tamat dengan keputusan 1-1. Ingress sekali lagi gagal untuk mencari kemenangan pertama, manakala Fuerza perlu menerima satu mata sekali lagi setelah seri dengan Naga FC minggu lalu.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN