AS Roma Sahkan Spalletti Lepaskan Jawatan Sebagai Pengurus

AS Roma membuat kenyataan rasmi bahawa Luciano Spalletti telah melepaskan jawatan beliau di AS Roma berkuat kuasa serta merta.

Ianya selepas 2 hari Spalletti di-boo oleh penyokong AS Roma dalam perlawanan terakhir Francesco Totti.

Spaletti dikatakan melayan Totti dengan teruk dalam kepulangan beliau ke Roma kali ini. Pada satu ketika dahulu, gandingan Spalletti dan Totti antara yang sensasi di Roma.

Siapa akan lupa dengan inovasi Spalletti yang menjadikan Totti sebagai 9 jadian paling digeruni dalam sejarah bola sepak dunia.

(Photo by Paolo Bruno/Getty Images)

Spalletti pada musim ini membantu Roma menamatkan liga di tangga ke-2. Meskipun awal musim mereka gagal melepasi play-off ke UCL.

Spalletti yang datang ke Roma untuk menggantikan Rudi Garcia pada Januari 2016. Sebelum ini beliau membantu Roma memenangi Coppa Italia 2007 dan 2008. Beliau juga membawa Roma menjulang Italian Super Cup pada 2007.

Pada 2009, beliau meletakkan jawatan dan menyertai Zenit St Petersburg in Disember 2009. 22 bulan selepas itu, beliau kembali semula ke Roma.

Presiden kelab, James Pallotta mengucapkan penghargaan kepada Spalletti di atas kejayaan mengembalikan Roma semula ke UCL dan menjadi pencabar Juventus untuk kejuaraan liga musim ini.

Pallotta berkata:

“Kami ini mengucapkan terima kasih dengan rasa tulus ikhlas kepada Luciano Spalletti di atas kerja keras dan hasil yang signifikan beliau berikan pada kepulangan beliau kali ini.”

“Di bawah kendalian beliau, Roma berjaya mengutip mata tertinggi di Serie A dan menjaringkan lebih banyak gol berbanding dengan mana-mana pasukan Roma yang lain di dalam sejarah kelab.”

“Kami mengharapkan yang terbaik untuk Spalletti di masa akan datang.”

“Kelab ini dalam proses pembangunan yang pesat dan akan melantik pengurus baru serta merta. Pengurus yang memiliki falsafah dan nilai bola sepak yang sama dengan kami dan akan membawa Roma terus mara ke hadapan.”

Spekulasi bertiup kencang menyatakan Spalletti bakal mengisi kekosongan jawatan di Inter Milan selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN