Huddersfield Ke EPL: Kisah Kelab Kecil, Pengurus Mentah, Budget Terhad Dan Play-Off Mewah

Huddersfield Town akan bermain di liga tertinggi dalam piramid bola sepak England iaitu EPL. Ianya selepas kemenangan mereka ke atas Reading dalam perlawanan akhir play-off.

Huddersfield Town menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti. Inilah kali pertama mereka mara ke EPL selepas 45 tahun disingkirkan dari liga utama itu.

Mereka pernah menjadi juara untuk 3 kali berturut-turut kejuaraan liga utama Ingegris dari 1924-1926. Kali terakhir mereka beraksi di EPL adalah pada 1972.

Play off mewah!

Tahukah anda play-off EPL 2017/18 itu merupakan perlawanan dengan nilai termahal dalam sejarah bola sepak dunia?

Cuba anda teka, berapa jumlahnya?

Nilai perlawanan play-off itu adalah lebih £170 juta ataupun $220 juta.

Ini kerana mereka akan mendapat bayaran paling minimum daripada penyiaran EPL serta ditambah dengan hadiah kemenangan mereka yang akan mereka terima dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Huddersfield, Dean Hoyle berkata:

“Kami membuktikan, kelab kecil harus tidak berhenti untuk percaya akan sesuatu. Anda boleh mencapai perkara yang mustahil.”

Kerja ‘mustahil’ David Wagner

Huddersfield sebelum ini melantik David Wagner, bekas pemain kebangsaan USA sebagai pengurus mereka.

Wagner adalah pengurus pasukan simpanan Dortmund ketika era Jurgen Klopp. Penstrukturan semula kejurulatihan di bawah kendalian Tuchel membuatkan Wagner terpaksa meninggalkan Dortmund.

Filosofi bola sepak Wagner adalah bola sepak moden. Huddersfield tidak meletakkan sasaran untuk Wagner terus memberikan impak.

Ini kerana, Wagner masih baru dalam pengurusan. Mereka menganggap ini adalah perancangan jangka panjang untuk kelab mereka.

Musim sebelumnya, Huddersfied menamatkan liga di tangga ke-19. Wagner dilaporkan membentuk pasukan dengan budget antara yang terendah di Championship musim ini.

Beliau hanya diberikan budget £12 juta untuk menguruskan kelab ini pada awal musim. Transaksi perpindahan mereka banyak melibatkan pinjaman pemain termasuk dari dari Jerman.

Wagner menggunakan diplomasi dan hubungan baik beliau dengan beberapa kelab untuk meminjam pemain mereka. Antaranya peminjaman penjaga gol Danny Ward dari Liverpool.

Ada juga pemain dari Manchester City dan Chelsea yang dipinjam oleh Huddersfield.

Danny Ward / Photo by Ian Walton/Getty Images)

Banyak kelab tidak ada masalah untuk meminjamkan pemain muda mereka kepada Wagner kerana cv beliau yang sangat diyakini dalam membangunkan bakat muda.

Wagner dalam sidang media beliau berkata:

“Saya sangat gembira kerana, hari pertama saya tiba di sini, ada segelintir pihak tidak yakin dengan saya.”

Wagner: “Pengalaman penting tetapi bukan segalanya”

“Mereka anggap saya tidak layak kerana tiada pengalaman, tidak mengenali bola sepak Inggeris, tiada pengalaman dengan para pemain.”

“Kata-kata itu yang membuatkan saya sentiasa berjuang untuk melawanannya.”

“Memang terbukti, pengalaman adalah penting. Namun ia bukan segalanya. Paling penting adalah kegigihan dalam hati.”

Wagner kini menggariskan isu untuk membina identiti bola sepak mereka sendiri di Huddersfield dengan budget yang ada.

Tahniah Huddersfield Town dan David Wagner. Modal £12 juta dapat balik pulangan sekurang-kurangnya £170 juta! Bola sepak EPL pada musim akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN