Penyerang Napoli Arkadiusz Milik disamun bersenjata dalam perjalanan balik ke rumah selepas perlawanan menentang Liverpool.
Milik menjadi antara pemain yang membantu Napoli menang 1-0 dalam perlawanan tersebut. Beliau bermain 68 minit sebelum digantikan oleh penjaring gol kemenangan, Lorenzo Insigne.
Milik memandu pulang keretannya melalui jalan daerah Varcaturo pada pukul 2 pagi. 2 lelaki bersenjatakan senapang menaiki motosikal telah menahannya.
Milik terpaksa berhenti kerana mereka mengacukan senapang. Dan ketika dia berhentik salah seorang daripada penyamun itu mengacukan senapang tepat ke mukannya.
Napoli star Arkadiusz Milik 'robbed at gunpoint' on way home after Liverpool win https://t.co/7AAK3xEcZG pic.twitter.com/qIwPZlD48R
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 4, 2018
2 lelaki itu kemudiannya meminta barang-barang berharga milik Arkadiusz Milik.
Milik menyerahkan jam Rolex Daytona miliknya yang bernilai sekita £18,000 ataupun sekitar RM97,000. Selepas mendapat barang berharga itu, 2 lelaki itu beredar tanpa mencederakan beliau.
Milik terus menghubungi pihak polis. Dan siasatan terus dilakukan. Buat masa ini, polis di Naples masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan insiden itu.
Ini bukanlah kes samun pertama melibatkan pemain bola sepak di Naples. Pada 2013, Marek Hamsik dan isterinya juga pernah disamun dan dirompak di Naples.
2 tahun lalu, Lorenzo Insigne dan isterinya pernah menjadi mangsa.
Insigne memberitahu, selepas perompak itu merompak dia dan isterinya, salah seorang perompak meminta jasa baik Insigne untuk menjaringkan gol dalam perlawanan berikutnya untuk Napoli.
Sebagai tambahan, Arkadiusz Milik menerima gaji sekitar £45,000 seminggu berdasarkan laporan Gazzetta Dello Sport.