5 Statistik Lionel Messi Dalam UCL Setakat Ini, Bolehkah Beliau Bermain Di EPL?

Phillipe Coutinho melabel Lionel Messi sebagai GOAT sebenar ataupun yang terbaik sepanjang zaman selepas aksi cemerlang menentang Tottenham Hotspur semalam.

Lionel Messi menjaringkan 2 gol ketika menentang Spurs untuk membantu Barcelona menang 2-4 di Wembley dalam aksi yang Spurs pada satu ketika dilihat mampu bangkit.

https://twitter.com/Sakkax10/status/1047744412300861442

1. Pendahulu senarai Kasut Emas UCL

Hatrik pada perlawanan pertama dan 2 gol pada perlawanan kedua. Meletakkan Lionel Messi kini pendahulu untuk senarai pemenang kasut emas UCL 2018/19.

Beliau di hadapan Dybala, Dzeko dan Neymar yang kesemuanya telah menjaringkan 3 gol setakat ini. Satu permulaan cemerlang untuk pemain yang gagal berada dalam senarai 3 teratas FIFA BEST 2018 ini.

2. Messi penjaring terbanyak peringkat kumpulan

Lionel Messi kekal menjadi penjaring terbanyak untuk peringkat kumpulan UCL. Beliau masih lagi aktif dan mulai menjarakkan diri 5 gol daripada Ronaldo, hasil daripada 5 gol dalam 2 perlawanan.

Messi sudah menjaringkan 65 gol di peringkat kumpulan, di hadapan Cristiano Ronaldo (60 gol) dan Raul Gozalez (53 gol).

Namun untuk rekod keseluruhan UCL, beliau masih 15 gol di belakang seteru utamanya, Cristiano Ronaldo.

3. Angka 40

2 gol Lionel Messi semalam menyaksikan beliau merekodkan gol ke-40 dalam setahun untuk kelab dan negaranya.

Ini membolehkan pemain itu menjaringkan 40 gol ataupun lebih untuk kelab dan negara dalam semusim untuk 9 tahun berturut-turut.

Messi jelas sekali sangat prolifik di hadapan gol. Dan tiada tanda-tanda dia akan menurunkan ketajamannya. Messi baru sahaja menerima kontrak lumayan daripada Barcelona beberapa bulan lalu.

Konsistensi Messi memang menjadi aspek yang paling penting dalam membantu Barcelona mengekalkan prestasi mereka setiap musim.

4. 22 hantaran dalam 64 saat

Gol pertama Messi (ke-3 untuk Barca) dalam perlawanan ini adalah tipikal gol berpasukan oleh Barcelona.

Ianya diolah dalam masa 64 saat melibatkan 22 hantaran di antara pemain-pemain Barcelona. Dan tak ketinggalan ada 2 ‘dummies’ daripada Coutinho dan Suarez untuk membolehkan bola itu disempurnakan oleh Lionel Messi.

Saksikan di sini:

https://twitter.com/mfbnproject/status/1047756009182253056

Cantik bukan?

5. Messi vs pasukan EPL

Jika anda merasakan Lionel Messi mungkin tidak cukup ‘Messi’ jika bermain di EPL, anda harus fikir dahulu.

Beliau kini sudah terlibat secara langsung dalam 28 gol menentang pasukan dari EPL. Menjaringkan 22 gol dan mencipta 6 assist dalam

Ini bermakna beliau sudah menjaringkan 22 gol daripada 29 perlawanan menentang pasukan dari EPL. Menjadikan EPL adalah mangsa utama Messi dalam UCL setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN