Platform Penstriman Bola Sepak Rojadirecta Diarahkan Tutup Oleh Mahkamah

Rojadirecta diarahkan tutup oleh mahkamah di Sepanyol selepas banyak laporan diterima ke atas operasi mereka.

Ironinya, laman web yang terkenal dengan logo Pierluigi Collina melayangkan kad merah ini akhirnya dilayangkan kad merah.

Antara syarikat yang telah menghantar aduan adalah Movistar+.

‘Ayah’ kepada Rojoadirecta iaitu Puerto 80 turut diminta membayar kerugian yang telah ditanggung oleh syarikat penyiar.

Kepada pembaca yang masih tidak kenal dengan nama Rojadirecta, ia adalah sebuah lama penstriman bola sepak Eropah terutama sekali Liga Sepanyol.

Laman ini telah menjadi fundamental kepada banyak laman penstriman percuma yang lain dengan pautan siaran langsung daripada Rojadireta.

Rasanya, ramai peminat bola sepak yang kenal benar dengan nama Rojadirecta.

Ia telah  memiliki ramai pengikut setia dari seluruh dunia. Hal ini yang menjadikan mereka sebagai platform penstriman paling ‘otai’ di alam maya.

Tidak seperti platform penstriman yang lain yang seperti biskut, sekejap ada dan sekejap tak ada.

Rojadirecta sentiasa berdiri megah kerana mereka dimiliki oleh sebuah syarikat besar iaitu Puerto 80.

Keputusan dari Mahkamah Komersial A Coruña berikutan aduan oleh Telefonica yang memiliki Movistar+.

Rojadirecta diarahkan tutup serta-merta.

Movistar+ telah menentang beberapa laman web berkaitan dengan penstriman haram termasuk pemilik Rojadirecta, Igor Seoane.

Rojadirecta dituduh telah melanggar hak harta intelek apabila kandungan sukan dipaparkan kepada umum tanpa kebenaran.

Menurut El Pais, Seoane mendakwa pautan strim tersebut adalah daripada pengguna mereka.

Rojadirecta hanya menjadi perantara semata-mata. Jadi, sukar untuk mengaitkan mereka dengan paparan strim secara langsung.

Bagaimanapun hujah tersebut telah disangkal oleh hakim.

Hakim juga mendapati Rojadirecta telah menyokong salah laku dengan menggalakkan orang lain menstrim konten secara haram.

Oleh itu, Rojadirect telah diapati bersalah melanggar hak harta intelek milik Movistar+.

Jurucakap Movistar+ berkata:

“Kami membantah cara laman web ini menggunakan kandungan kami dan keadilan akhirnya muncul hari ini.”

Perintah untuk menutup semua operasi Rojadirecta telah dikeluarkan pada 1 Februari meliputi semua domain Rojadirecta ini.

Laman ini juga akan dikehendaki untuk membayar ganti rugi. Namun buat masa ini, Rojadirecta masih boleh membuat rayuan.

Penyiar menganggarkan kerugian yang mereka tanggung setiap tahun kerana Rojadirecta adalah 500,000,000.

Ini adalah tamparan kedua kepada Rojadirecta dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Sebelum ini terdapat aduan dari Mediapro dan GolT ke atas mereka pada November lalu di Mahkamah Perdagangan A Coruña.

Mahkamah mengarahkan Rojadirecta mesti menghentikan operasi strim haram ini.

Baca juga: Gabi Guerra Dinaik Pangkat Dari JDT II Ke JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN