Rodriguez Ortega Bakal Penggempur Baharu Skuad Helang Merah?

Bekas pemain Sevilla FC yang berasal dari Sepanyol, Fernando Rodriguez Ortega kini dikaitkan dengan perpindahan ke skuad Kedah selaku pemain import baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut laporan daripada portal bola sepak Indonesia iaitu Bolasport, kontrak pemain yang beraksi untuk kelab Mitra Kukar dalam saingan Liga Indonesia itu akan tamat pada awal bulan Disember ini dan beliau sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan dalam satu muat naik di laman instagram miliknya.

Dua minggu lalu, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengesahkan 3 pemain import dari Brazil dan Sepanyol akan memperkuatkan bahagian serangan dan pertahanan namun nama mereka tidak boleh didedahkan kerana masih terlibat dengan perlawanan kelab asal.

Pengesahan itu sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai kemasukan Ortega sebagai penyerang import baharu skuad helang merah musim depan.

Dalam saingan Liga Indonesia musim ini, Ortega telah menjaringkan 15 gol dalam 29 penampilan bersama kelab Mitra Kukar. Perlawanan menentang Persija Jakarta pada 8 Disember ini dikhabarkan bakal menjadi perlawanan terakhir beliau sebelum berhijrah ke Malaysia.

Bolasepak asia bukanlah asing bagi Ortega kerana beliau sebelum ini pernah beraksi untuk kelab dari Filipina, Ceres Negros. Malah beliau sempat mewakili kelab itu dalam saingan Piala AFC 2017 dan menjaringkan 2 gol ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat separuh akhir zon Asean.

Aksi Rodriguez Ortega ketika menentang JDT dalam saingan Piala AFC 2017. FOTO: SPIN.Ph

Prestasinya dalam saingan Piala AFC bersama Ceres Negros mungkin telah menarik minat jurulatih baharu Kedah, Aidil Sharin Sahak untuk membawa pemain itu ke Alor Star ketika beliau mengendalikan Home United di perlawanan akhir zon Asean.

Selain itu, Rodriguez Ortega pernah menjadi sebutan pada tahun 2013 apabila menjaringkan gol tunggal ke atas Barcelona dalam saingan Piala Copa Del Rey ketika mewakili FC Cartagena.

Andai benar Ortega bakal menyarung jersi Kedah, beliau merupakan pemain import dari Sepanyol yang kedua beraksi di posisi serangan skuad itu selepas Pablo Pallares yang dibawa masuk oleh jurulatih terdahulu, Ramon Marcote pada musim ini.

Namun, Pablo Pallares hanya sempat beraksi selama 5 bulan kerana gagal mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan. Tentunya penyokong Kedah enggan membenarkan situasi itu berulangi lagi pada musim depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN