Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Aubameyang Jawab Label Kaki ‘Tap-Ins’, Antara 6 Perkara Daripada Arsenal vs Spurs

Arsenal memastikan London Utara hari ini merah selepas kemenangan komprehensif 4-2 ke atas Spurs. Berikut adalah 6 perkara yang kami gariskan.

1. Eric Dier panaskan derbi

Eric Dier menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-25. Beliau berlari ke arah seksyen penyokong Arsenal sambil memberikan isyarat diam.

Tindakan itu mengundang kemarahan pemain Arsenal. Dalam bola sepak keraian seperti itu agak bahaya kerana boleh menyebabkan masalah penyokong (crowd trouble) – apatah lagi dalam derbi. Namun itulah asam garam perlawanan semalam.

2. Aubameyang wira kebangkitan Arsenal

Aubameyang sekali lagi menjadi wira kebangkitan Arsenal ketika pasukan mereka ketinggalan. 2 gol dan 1 assist dilakukan oleh beliau dalam perlawanan ini.

Beliau menjadi pemain EPL pertama musim ini menjaringkan 10 gol dalam liga daripada 10 percubaan tepat sejak Benni McCarthy pada 2007. Aubameyang juga menjawab kritikan bahawa beliau kaki tap-ins. Aubameyang melakukan ‘curler’ daripada luar kotak penalti untuk gol kedua yang sangat cantik.

Penjaga gol terakhir yang menyelamatkan percubaan tepat Aubameyang ialah Lukasz Fabianski pada 25 Ogos 2018.

3. Arsenal 19 perlawanan tanpa kalah

Rekod tanpa kalah Arsenal dilanjutkan kepada 19 perlawanan berturut-turut. Mereka kini berjaya berada di 4 teratas mengatasi Spurs.

Selepas tewas perlawanan pembukaan EPL, Arsenal kini sudah menang 15 perlawanan dan seri 4 kali di semua pertandingan. Minggu yang indah untuk Arsenal.

4. Badi Spurs menentang Arsenal

Tottenham Hotspur kini sudah keciciran 40 mata di tangan Arsenal dalam keadaan mereka mendahului. Dalam perlawanan semalam, Spurs mendahului Arsenal 2-1 pada separuh masa pertama. Namun melepaskan 3 gol pada separuh masa kedua.

Sebagai tambahan, Arsenal terus menjadi pasukan separuh masa kedua (Second Half FC) musim ini dalam EPL. Mereka masih belum pernah menjadi pemenang/pendahulu pada separuh masa pertama selepas 14 perlawanan.

 

5. Selayaknya derbi

Perlawanan derbi Utara London ini masih lagi derbi panas meskipun ramai generasi baru terlibat dengannya, terutama sekali dalam pasukan Arsenal.

Jika Chelsea dan Fulham ada 23 kekasaran sepanjang perlawanan; Arsenal dan Spurs ada 17 kekasaran untuk separuh masa pertama sahaja. 6 gol dihasilkan, beberapa insiden panas, gol pendahuluan dipintas, kad merah dan ada kebangkitan dalam perlawanan ini.

Lihat keraian Guendouzi ini:

6. Aaron Ramsey buktikan kualitinya

Beberapa minggu lalu Ramsey menyatakan beliau terkejut dengan ‘plot twist’ pada tawaran kontrak baharu kepadanya. Ramsey ketika itu dalam proses mempertimbangkan tawaran itu. Lantas Arsenal dilaporkan membenarkan pemain itu pergi secara percuma pada musim hadapan.

Namun begitu, aksi Ramsey musim ini banyak sekali membantu Arsenal terutama sekali ketika mereka mencari gol penting. Ramsey menjadi pemain Arsenal paling kreatif setakat ini.

Beliau juga melakukan 4 ‘assist’ daripada 6 ‘assist’ itu sebagai pemain gantian.

Mungkin Unai Emery harus mempertimbangkan semula tawaran kepada Ramsey? Terutama sekali pemain ini benar-benar faham jiwa Arsenal.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!