Rodgers Sedia ‘Gilap’ Semula Potensi Lallana Di Leicester City

Brendan Rodgers Adam Lallana

Leicester City mendahului perlumbaan untuk mendapatkan pemain tengah Liverpool, Adam Lallana yang bakal menjadi pemain ejen bebas pada musim panas ini.

Seperti yang diketahui, Lallana memang pemain yang disukai oleh Brendan Rogers sewaktu mengendalikan Liverpool sebelum ini dan bersedia untuk membawa masuk pemain itu ke Stadium King Power dengan kontrak jangka masa panjang.

Pemain tengah England itu dibeli oleh Rodgers dari Southampton pada 2014, namun beberapa siri kecederaan telah membantutkan perkembangannya di Anfield sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan Jurgen Klopp lebih gembar menggunakan beberapa pemain tengah menyerang lain seperti Georginio Wijnaldum, Alex Oxlade-Chamberlain dan Takumi Minamino , masa depannya di Liverpool dilihat sudah sampai ke penghujung.

Bekas jurulatih Leicester, Kevin Phillips dalam satu temubual bersama Football Insider mendedahkan beliau telah pun meyakinkan Lallana untuk menyertai The Foxes dan yakin pemain itu akan menolak tawaran-tawaran lain.

Beberapa kelab Itali dan Sepanyol dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah England berusia 32 tahun itu. Tidak ketinggalan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Tottenham Hotspur, Arsenal, West Ham United dan Burnley juga bersedia untuk menawarkan kontrak.

Lallana hanya membuat 22 penampilan sahaja musim ini dalam semua pertandingan dan hanya tiga kali disenarai dalam kesebelasan utama pasukan.

Sepanjang enam musim di Liverpool, beliau telah beraksi dalam 178 perlawanan serta menjaringkan 22 gol dan mencatatkan 22 bantuan jaringan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN