Quantcast

BERITA

Jurgen Klopp: Khidmat Adam Lallana Masih Diperlukan Di Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berpendapat bahawa pemain tengah, Adam Lallana masih mempunyai peranan penting buat pasukannya walaupun seringkali mengalami kecederaan.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya mampu diturunkan tiga kali sebagai kesebelasan utama dalam semua pertandingan pada musim ini.

Beliau turut terlepas aksi Piala FA bertemu Wolverhampton Wanderers selepas mengalami satu lagi kecederaan dan dijangka akan pulih pada bulan ini.

”Ia lengkap apabila kami memilikinya (Adam Lallana) bersama pasukan kerana dia boleh menjadikan permainan kembali tenang, boleh menjadi kreatif di antara garisan, dia juga masih mempunyai kepantasan dan semua perkara ini.”

 

”Ia tidak ‘cool’ apabila kami kehilangannya dalam satu musim, kami tidak mempunyai banyak latihan kecederaan pada musim ini. Dia berusaha keras untuk mendapatkan bola dan ia berlaku. Tiada apa lagi saya boleh katakan mengenai perkara ini.”

”Bolehkah dia berada dalam keadaan mental yang lebih baik? Ya, jika dia beraksi dan kami akan menjaringkan 20 gol dalam 10 perlawanan terakhir.”

”Tetapi semuanya baik-baik sahaja. Adam mengetahui bahawa kami memerlukannya.”

Liverpool berdepan Brighton & Hove Albion pada jam 11 malam ini di gelanggang lawan bagi terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!