Robin Van Persie Umum Persaraan Selepas 18 Tahun Bergelar Pemain Profesional

Bekas bintang Arsenal, Manchester United dan penyerang Belanda, Robin van Persie mengumumkan akan bersara daripada bola sepak selepas tamat musim ini.

Pemain berusia 35 tahun itu yang kembali menyertai Feyenoord, melakukan debut pada usia 17 tahun bersama kelab Belanda tersebut.

Manakala untuk negaranya, beliau telah tampil dalam lebih dari 100 perlawanan, dan menjaringkan 50 gol antarabangsa.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Ketika karier di England, Van Persie telah memenangi Piala FA bersama Arsenal, dan juga trofi Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United.

“Bilakah saya akan berhenti? Ia mungkin pada akhir musim ini,” ujar beliau.

“Saya akan berusia 36 tahun dan sudah bergelar pemain profesional selama 18 tahun. Sejak berusia lima tahun, saya sudah melibatkan diri di dalam bola sepak.

. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Van Persie turut pernah beraksi di Turki selepas meninggalkan Manchester United sebelum menyertai Feyenoord berkata kepada media di Belanda bahawa beliau sudah tidak seronok, sebelum memutuskan untuk kembali ke tanah air.

“Saya tidak percaya kepulangan saya ke Feyenoord hanya dianggap berjaya jika pasukan ini menjuarai kejuaraan.

“Bagaimana mahu mengukur kejayaan? Inilah kejayaan, apabila anda melihat gambaran keseluruhan. Saya telah hilang rasa keseronokkan.

“Beginilah saya mahu mengakhirinya. Keseronokkan itu ialah apabila kembali menyertai Feyenoord,” jelas beliau lagi.

Robin Van Persie beraksi bersama Arsenal di antara 2004 sehingga 2012, sebelum menyertai Manchester United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.

Persaraan pengendali dari Scotland itu dikaitkan sebagai antara perkara yang mengecewakan penyerang itu, sebelum Van Persie mengambil keputusan meninggalkan Old Trafford ketika era Louis van Gaal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN