TAL2018: Shahidan Manjur Cemerlang Sumbat 4 Gol Untuk Kebilal-KKTRW FC!

Minggu kelima bagi saingan Terengganu Amateur League (TAL2018) menyaksikan lebih banyak gol terhasil kali ini.

Dengan 9 perlawanan yang dilangsungkan, saingan terus menarik dengan kesemua pasukan tidak mahu lagi keciciran mata.

Liga Super

Minggu kelima merupakan minggu yang cemerlang buat pemain Gemuda FC iaitu Shahidan Manjur.

Dalam aksi Gemuda FC menentang Kebilal KKTRW FC, Shahidan bukan sahaja menjaringkan 3 gol tetapi 4 gol untuk pasukannya!

Aksi cemerlang beliau bermula sejak dari minit ke-12 apabila beliau menjaringkan gol pertama sebelum menambah jaringan kedua pada minit ke-29.

Beliau melengkapkan hatrik pada minit ke-79 sebelum 2 minit kemudian menjaringkan gol pada minit ke-81.

Pasukan lawan berjaya menjaringkan gol sagu hati menerusi Nur Aminuddin pada minit ke-78.

Sementara bagi FC Pemanis, mereka terus menanggung kekalahan dengan kali ini tumpas kepada MD Besut.

Dalam perlawanan tersebut, MD Besut berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas FC Pemanis.

2 jaringan tersebut dijaringkan oleh Akid Wahab pada minit ke-59 dan juga Alif Aiman pada minit ke-90.

Berikut merupakan keputusan 2 lagi perlawanan di Liga Super:

  • Real Chukai 0-0 BTK FC
  • Ayahanda FC 0-2 Island FC (Muhammad Shahimi 4′, Muhammad Akran ’30)
  • CND FC-PBSMT-Lanjerket (perlawanan ditangguhkan)

Liga Perdana

Dalam aksi Liga Perdana, pesta gol dicatatkan di dua perlawanan tumpuan kami!

Kami mulakan dengan perlawanan melibatkan Sixma ABZ FC dengan Markless ST yang menyaksikan pasukan pelawat menjaringkan 6 gol!

Dalam perlawanan ini, Syafie Rahman jelas tajam di depan gol untuk Markless ST apabila mencatatkan hatrik untuk pasukan.

Beliau cemerlang dengan jaringan pada minit ke-18, minit ke-58 dan juga minit ke-64.

3 lagi gol dijaringkan oleh 3 individu berbeza buat Markless ST.

Sahirul Nazir, Alif Shafiq dan Aiman Amran melengkapkan kemenangan besar pasukan pelawat ke atas tuan rumah.

Sementara Khusairi Qarni pula menjaringkan gol tunggal buat Sixma ABZ FC.

DSPEX FC juga tidak kurang hebatnya apabila mereka turut menjaringkan 6 gol dalam satu perlawanan. Mangsa mereka adalah TDTD FC.

Tetapi mereka lebih cemerlang apabila berjaya untuk tidak bolos dalam perlawanan ini.

Pujian harus diberikan kepada Izzul Fadhli yang sama seperti Syafiq Rahman apabila menjaringkan hatrik.

Izzul menjaringkan gol pada minit ke-19 sebelum menyumbat dua lagi gol di separuh masa kedua pada minit ke-69 dan juga minit ke-77.

3 lagi gol dihasilkan menerusi Musalman Kamal, Zaifakhrul Faiz dan juga Asyraf Danial.

Berikut merupakan 3 keputusan lain di Liga Perdana:

  • Real Grebar 2-1 Myxini FC (Nik Firdaus 11′, 62’/Khairul Nizam 56′)
  • TFFC 0-1 Delima Warriors (Mohd Nasharuddin 35′)
  • ATFC Suhada 1-1 Raja Permin (Mohd Borhan 67’/Ahmad Faizul 91′)

Setakat ini..

Island FC kini menjadi satu-satunya pasukan di Liga Super yang telah mengutip 2 angka dari segi jumlah mata.

Sementara Ayahanda FC terus kecewa dengan gagalnya mereka mengutip sebarang mata.

Di Liga Perdana, 3 pasukan telah pun mengutip mata melebihi 10 mata.

DSPEX FC, ATFC Suhada dan juga Markless ST kini menguasai 3 kedudukan teratas.

TDTD FC terus kempunan untuk mendapatkan mata selepas 5 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN