Roberto Martinez: Kevin De Bruyne Adalah Pemain Yang Luar Biasa

De Bruyne

Pengurus skuad kebangsaan Belgium, Roberto Martinez menegaskan bahawa bintang Manchester City, Kevin De Bruyne sudah mencapai tahap kematangan untuk menjadi pemain yang luar biasa.

Pemain tengah yang bakal menjengah usia 29 tahun pada bulan Jun nanti itu menikmati musim meyakinkan apabila beliau menjaringkan lapan gol serta mencipta 16 bantuan jaringan dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2019/20.

Aksi cukup bertenaga ditampilkan De Bruyne setiap kali beraksi nyata amat menarik minat Martinez yang melabelkan anak buahnya ketika tugasan skuad kebangsaan itu sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia pada ketika ini.

”Kevin [De Bruyne] bermula ketika usianya begitu muda, pemain yang cukup berbakat di Genk, and daripada situ dia telah melalui detik sukar [ketika bersama Chelsea].”

Embed from Getty Images

”Kini dia telah menjadi pemain yang luar biasa selepas menghadapi pelbagai kesulitan,” ujar Martinez menurut laporan Goal.

”Dia tidak pernah memandang ke belakang untuk menyalahkan orang lain, tidak pernah berasa terlalu gembira di mana dia berada dan apabila dia melakukannya di Wolfsburg dan kemudiannya ke Manchester City dan kini bekerja bersama Pep Guardiola, dia menjadi pemain pada saat terbaik dalam kariernya.”

”Dia mengawal ruang tidak seperti orang lain. Dia boleh melakukan hantaran dengan tepat dan pantas, satu keadaan yang tidak ramai pemain dapat melakukannya.”

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 23: Roberto Martinez, Head coach of Belgium issues instructions to Kevin De Bruyne and Marouane Fellaini during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between Belgium and Tunisia at Spartak Stadium on June 23, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

”Dan kini dia mempunyai kematangan dan kecerdasan emosi untuk beraksi cemerlang seperti dilakukannya ketika di Santiago Bernabeu [perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah],” ujar Roberto Martinez lagi.

Selepas lima musim beraksi untuk The Cityzens dalam kancah Liga Perdana Inggeris, Kevin De Bruyne sudah berjaya mencipta 62 bantuan jaringan bagi meletakkannya di kedudukan ke-18 dalam senarai sepanjang zaman yang menyaksikan legenda Manchester United, Ryan Giggs mendahului dengan 162 bantuan jaringan.

Kredit foto: Lars Baron – FIFA/FIFA via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Roberto Martinez:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN