Roberto Carlos kerap dikaitkan dengan pemain bek sisi moden terbaik dalam sejarah bola sepak.
Pemain yang membuatkan posisi bek sisi lebih seronok untuk ditonton dan tidak kurang juga, ramai yang mahu bermain posisi tersebut dek kerana pengaruh Roberto Carlos.
Roberto Carlos adalah bek kiri dengan kaki utama beliau adalah kiri. Kami huraikan 5 asas corak permainan Roberto Carlos.
1. Bertahan tugas utama
Walaupun Carlos dikenali dengan sikapnya yang ofensif namun beliau menjadikan pertahanan sebagai tugasan utama. Menyerang adalah atas dasar memberikan sokongan ataupun menambahkan kekuatan di sektor sisi.
Carlos seorang bek sisi yang laju dan keras. Terkenal dengan kemampuan memenangi bola dari kaki pihak lawan.
Jadi tiada isu untuk Carlos terlalu teruja untuk menyerang tetapi lambat untuk kembali ke posisi pertahanan beliau.
2. Overlap
Aspek yang signifikan dengan Carlos adalah larian ‘overlap’ yang pantas. Ini akan menambahkan ancaman di bahagian sayap.
Aspek ini sangat penting untuk dikuasai oleh bek sisi. Hampir semua bek sisi terbaik di dunia dalam bola sepak moden memiliki kemampuan untuk melakukan ‘overlap’ yang berkesan.
Apabila melepasi pemain pertahanan beliau akan segera membuat keputusan sama ada melakukan hantaran akhir ataupun melakukan aksi serangan yang lain.
3. Larian penetratif
Larian ini mirip kepada larian yang dilakukan oleh seorang penyerang.Ia boleh disebut sebagai larian membelah 2 atau lebih pertahanan lawan.
Carlos akan cuba masuk ke half-space untuk menerima bola dan mengasak kotak penalti lawan.
Sikap optimis dan tidak teragak-agak ini penting. Ia juga banyak dibantu oleh koordinasi taktikal yang berkesan oleh pemain lain di dalam pasukan.
4. Larian pantas dengan bola
Larian dengan bola Roberto Carlos sangat laju dan berkesan. Beliau akan cuba menewaskan pertahanan dengan kepantasan dan kemampuan beliau memastikan bola tidak lari dari kaki beliau.
Carlos mampu mengiring bola dengan baik kerana beliau merupakan pemain yang tipikal selesa dengan bola di kaki.
5. Larian tanpa bola
Seorang pemain hanya memegang bola dalam purata 3 minit di atas padang. Selebihnya mereka berada dalam keadaan tanpa bola. Roberto Carlos bukan pemain yang suka ternganga melihat rakan lain membawa bola.
Mobiliti yang tinggi ini membolehkan beliau sentiasa menawarkan opsyen kepaada rakan beliau.
6. Hantaran
Hantaran adalah aspek yang akan membantu memberikan servis kepada pemain penyerang. Hantaran silang Roberto Carlos sangat berkualiti.
Visi dan kreativiti ini menjadikan beliau satu tambahan yang kuat di bahagian sayap ketika membekalkan sokongan ‘width’ kepada pasukan.
https://www.youtube.com/watch?v=FSfMTxpUV8s
Lihat kemampuan Carlos melakukan hantaran ‘fancy’ ini untuk menukar arah bola.
7. Penyudah
Tidak ramai bek sisi yang memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol seperti Roberto Carlos. Beliau boleh menjaringkan gol dari sudut sukar.
Beliau boleh menjaringkan gol dengan roket ari luar kotak penalti. Selain itu, Carlos juga merupakan pakar bola mati. Beliau boleh menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dan sepakan penalti.
https://www.youtube.com/watch?v=C5r01AzxKeU
Rumusan
Itu antara 7 aspek yang dimiliki oleh Carlos di dalam permainan beliau ketika bermain bek kiri. Carlos adalah lagenda Brazil dan Real Madrid yang dihormati kawan dan lawan.
Adakah anda pernah mengimpikan untuk menjadi Roberto Carlos satu ketika dahulu?