Traore Abdoulaye : Kehadirannya Bantu Keita Mandjou, Patah Kaki Akhiri Kariernya Di Perak

Traore Abdoulaye

Nama Traore Abdoulaye tidaklah sehebat Laszlo Repasi yang berjaya memberikan impak pantas terhadap prestasi pasukan Perak pada satu ketika.

Namun peminat pasukan Perak juga pastinya tidak dapat melupakan keringat yang pernah dicurahkan permata dari Burkina Faso ini dalam saingan Liga Super 2005, 2005/2006 dan 2006/2007.

Traore jelas berjaya membentuk satu rangkaian menarik bagi membantu gandingan  Khalid Jamlus dan Keita Mandjou meledak gawang lawan.

2 musim terakhir beliau bersama Perak juga turut berjaya membantu  Perak menjadi pasukan yang menjaringkan gol terbanyak  dalam saingan Liga Super apabila mencatatkan 32 jaringan pada musim 2005/2006 dan 58 gol di musim berikutnya.

Traore Abdoulaye
Ketika bersama Perak. Sumber foto : yob4ever.com

Menarik mengenai Traore adalah beliau berjaya menghasilkan jaringan pada perlawanan pertama bagi 2 musim berturut-turut pada 2005/2006 dan 2006/2007.

2 jaringan ketika menundukan Selangor dalam aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) 2005/2006 memberikan kejayaan 4-1 buat Perak ketika itu. Keita Mandjou turut menghasilkan 2 jaringan.

Traoe Abdoulaye
Jaringan yang dihasilkan ketika bertemu Selangor pada Piala Sumbangsih 2005/2006. Sumber foto : yob4ever.com

Musim seterusnya beliau turut mencetak nama selaku penjaring pada perlawanan pembukaan apabila berjaya menghadiahkan gol kemenangan Perak menewaskan Sarawak 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Ipoh. Lebih signifikan, jaringan pertama Perak pada perlawanan ini dijaringkan oleh Keita Mandjou.

Traore Abdoulaye
Foto terkini yang dikirimkan oleh Traore.

Kini bekas pemain berusia 43 tahun  itu merupakan penolong jurulatih pasukan AS Senabel yang beraksi dalam liga Divisyen 1 di Burkina Faso.

Beliau memiliki lesen kejurulatihan C dan B dari  Konfederasi Bola Sepak Afrika  (CAF).

Ketika dihubungi, Traore berkongsikan kenangan beliau  bersama Perak.

” Saya mengetahui tentang Perak ketika beraksi di Dubai, saya bertemu Keita Mandjou (ketika itu Keita sudah bersama Perak) disana tetapi pada mulanya ejen saya menghantar saya ke Perlis. Akhirnya saya memilih Perak.” ujar Traore yang ditemubual melalui aplikasi Whatsapp.

” Saya pernah beraksi di Burkina Faso, Dubai (6 tahun) tetapi bila saya beraksi di Perak, saya merasakan sungguh enjoy kerana semangat peminat yang begitu mendalam. Pada saya, ‘pemain’ yang terbaik di Perak adalah penyokong mereka sendiri. Saya juga adalah selamanya ‘Yop’. ” jelas bekas pemain antarabangsa Burkina Faso ini.

Beliau turut menambah faktor kecederaan yang dialami ketika perlawanan ke-23 Liga Super 2006/2007 menutup terus peluang buat beliau untuk membantu Perak.

” Saya mengalami kecederaan serius ketika perlawanan menentang Terengganu yang memerlukan kami mengutip 3 mata penuh untuk terus menghimpit Kedah di carta liga, akhirnya saya patah kaki pada perlawanan tersebut dan Perak hanya mampu seri 1-1. Itu perlawanan terakhir saya bersama Perak”.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN