Roberto Carlos mengesahkan beliau akan menyertai Zinedine Zidane ke Real Madrid sebagai staf kejurulatihan dan ‘membantu Real Madrid membawa Neymar ke Real Madrid pada masa akan datang’.
Menurut Roberto Carlos kepada media Sepanyol, Punto Pelota:
“Saya ada buat perjumpaan dengan Real Madrid untuk membincangkan masa depan saya di sana. Tak lama lagi, saya akan tahu bagaimana saya akan bekerjasama dengan Zidane.”
.@Oficial_RC3 en @puntopelota: "He tenido una reunión con el R. Madrid para colaborar con Zinedine Zidane". pic.twitter.com/5GvKJ1oUbP
— El Partidazo de COPE (@partidazocope) January 11, 2016
Beliau turut memuji keputusan berani presiden Real Madrid, Florentino Perez untuk melantik Zidane, menggantikan Rafa Benitez yang dipecat.
“Zidane adalah pemimpin di bilik persalinan. Personaliti beliau akan membuatkannya menjadi pengurus yang berjaya. Jurulatih perlu rapat dengan pemain dan Benitez gagal melakukannya.”
Roberto Carlos turut membuat kenyataan berani selepas majlis Ballon d’Or semalam apabila mengumumkan beliau boleh membantu Real Madrid memujuk Neymar ke Real Madrid.
“Saya boleh membantu Real Madrid mendapatkan Neymar. Saya yakin beliau boleh mendapat kedudukan lebih tinggi dalam Ballon d’Or kalau dia bermain dengan Real Madrid.”
Ketika ini, Roberto Carlos merupakan pengurus pasukan merangkap pemain Delhi Dynamos. Pada musim lepas, beliau memimpin Delhi Dynamos menamatkan musim liga di tangga ke-4 daripada 8 pasukan yang bertanding.
Baca juga: 6 Penyerang Hebat Yang Pernah Berpasangan Dengan Raul Gonzalez Di Real Madrid