Roberto Carlos datang Malaysia hari ini untuk bersama-sama merasmikan pembukaan Real Madrid Foundation Clinic yang dilangsungkan baru-baru ini.
Real Madrid Foundation Clinic adalah merupakan sebuah klinik bola sepak untuk pemain kanak-kanak dan juga remaja yang berpotensi untuk mengasah bakat bola sepak mereka ke tahap lebih tinggi.
Selain di Malaysia, Real Madrid Foundation Clinic ini juga mempunyai beberapa cawangan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia dan juga Hong Kong.
Perasmian ini dihadiri oleh beberapa nama-nama besar sepeti duta Real Madrid sendiri iaitu Roberto Carlos, lagenda bola sepak negara Soh Chin Aun dan juga pemilik Queens Park Rangers (QPR) iaitu Tony Fernandes.
Real Madrid Foundation Clinic menfokuskan pembangunan bola sepak buat kanak-kanak dan remaja dari usia 5 hingga 17 tahun.
Ia memberikan pendedahan yang mendalam mengenai bola sepak oleh jurulatih-jurulatih yang handal dalam kejurulatihan bola sepak dari kelab Real Madrid sendiri.
Ia juga memberikan peluang kepada para pemain kanak-kanak dan remaja untuk belajar bukan sahaja ilmu bola sepak di dalam padang, sebaliknya di luar padang juga.
Baca juga: Bekas Jurulatih UiTM FC Kini Menjadi Jurulatih Di Liga Indonesia