Roberto Carlos: Dah Lama Saya Nak Tengok Neymar Masuk Real Madrid

Neymar

Legenda hidup bola sepak Brazil, Roberto Carlos mendedahkan bahawa beliau sememangnya sudah lama mengimpikan untuk melihat pemain berprofil tinggi, Neymar menyarung jersi Real Madrid.

Neymar yang mula mengukir nama sebagai antara pemain terbaik dunia selepas berpindah dari Santos ke Barcelona mengejutkan kancah bola sepak global apabila berhijrah ke Paris Saint-Germain dengan yuran perpindahan bernilai €222 juta.

Saga perpindahan yang dimuktamadkan pada 3 Ogos 2017 itu telah menjadikan Neymar sebagai pemain termahal di dunia sehingga ke hari ini. Selepas tiga musim di Paris, nama Neymar kerap kali dikaitkan dengan semula dengan Barcelona dan juga seteru ketat mereka, Real Madrid.

”Sekiranya semua terletak di tangan saya, Neymar sudah lama berada di sini (Real Madrid) tetapi hidup bukanlah begini cara yang sepatutnya,” ujar Roberto Carlos menurut laporan Goal.

Roberto Carlos
TOKYO, JAPAN – JULY 25: Real Madrid players (L to R, front row) Michael Owen, Michel Salgado, Roberto Carlos, Raul Gonzales, David Backham, (back row) Iker Casillas, Ivan Helguera, Ronaldo, Francisco Pavon, Zinedine Zidane and Thomas Gravesen pose for photographs prior to the pre-season friendly match between Tokyo Verdy 1969 and Real Madrid at Ajinomoto Stadium on July 25, 2005 in Tokyo, Japan. (Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

”Pemain hebat begini sentiasa akan bermain dengan kelab terbaik di dunia. Real Madrid pada hari ini adalah rujukan buat mana-mana pemain.”

Roberto Carlos dalam pada itu turut memberikan isyarat jelas buat Neymar yang pastinya ingin terus menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Adakah anda mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah? Marilah ke Real Madrid”

Dalam perkembangan yang sama, rakan sepasukan Neymar di kem skuad kebangsaan Brazil, Casemiro turut mengakui beliau turut mahu melihat pemain berusia 28 tahun itu menyertai Real Madrid.

”Saya mahu Neymar datang ke Real Madrid, saya bercakap dengannya hampir setiap hari, dia merupakan pemain yang hebat.”

Kredit foto: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Neymar di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN