Robbie Fowler Dilantik Sebagai Pengurus Brisbane Roar

Bekas bintang Liverpool dan penyerang England, Robbie Fowler memilih untuk membina kerjaya sebagai jurulatih di Australia apabila dilantik mengendalikan kelab Brisbane Roar yang kini sedang bergelut dalam saingan A-League.

Beliau telah menandatangani kontrak selama dua tahun sekali gus bakal memulakan tugasan pertamanya sejak menggantung but sebagai pemain.

“Saya amat teruja menyahut cabaran dan berharap dapat membawa kejayaan kepada kelab yang mempunyai sejarah dalam A-League,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya tak sabar memulakan tugas dan mencipta impak bersama kelab ini.”

Fowler pernah beraksi sebagai pemain dan jurulatih bersama kelab Thailand, Muangthong United dan berkhidmat dengan akademi Liverpool tetapi selain itu dia tiada pengalaman kejurulatihan di peringkat senior.

Menurut Fox Sports, Fowler dipilih dalam kalangan 100 calon yang tersenarai selepas bekas penyerang Socceroos, John Aloisi mengosongkan jawatan itu pada Disember lalu.

“Saya tahu peminat akan bercakap mengenai pengalaman tetapi apa yang saya tahu anda akan mendapat pengalaman melalui tugas diberikan,” kata Fowler.

“Sama ada anda berpengalaman atau tidak, belum tentu anda dapat menjalankan tugas dengan bagus”.

Sementara itu, ketua eksekutif Brisbane, David Pourre berkata dia gembira mempunyai calon yang tepat.

“Kelab Bola Sepak Brisbane Roar yakin kami telah melantik seorang yang cemerlang dan dahagakan kejayaan dan saya pasti kelab, penyokong dan penaja teruja menunggu musim 2019/20.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN