RMC: Griezmann Ke Barcelona Bergantung Kepada Messi Dan Neymar

Beberapa hari lalu wakil Antoine Griezmann mengakui pelik dengan perkembangan minat Barcelona ke atas pemain Perancis itu. Griezmann sudah mengucapkan selamat tinggal kepada Atletico Madrid, dipercayaai kerana mahu datang ke Barcelona.

Namun selepas itu, Barcelona masih belum menunjukkan usaha untuk mendapatkan Griezmann. Pemain kebangsaan Perancis itu masih memberikan keutamaan untuk menunggu tawaran daripada Barcelona buat masa ini – jadi beliau tidak melayan banyak lagi tawaran daripada kelab lain termasuk dari PSG.

RMC Sports melaporkan, isu perpindahan Griezmann ke Barca sememangnya ada di dalam peranangan kelab itu. Barca sudah menyiapkan beberapa dokumen untuk mendapatkan Griezmann.

Pihak Griezmann berharap urusan ini dipercepatkan. Tetapi segala urusan serba lembab pada ketika ini.

RMC menyatakan isu perpindahan ini menjadi sukar kerana hubungan di antara pengurusan tertinggi Barcelona dan Atletico Madrid, yang tidak baik.

Atletico pernah menyatakan bahawa mereka mahu mengheret Barca ke FIFA musim lalu atas kesalahan ada unsur-unsur cubaan melakukan tapping up. Barcelona kemudian mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan mereka tidak akan sesekali melakukan tapping up demi menghormati Atletico.

Seterusnya, hanya Diego Simeone yang merelakan permergian Griezmann ke mana-mana kelab termasuk Barcelona. Menurut Simeone; Griezmann sudah menzahirkan impian beliau bermain di samping Lionel Messi.

Ketika keadaan dilihat reda, hubungan antara kedua-dua kelab menjadi dingin sekali lagi. Ini kerana Atletico menyatakan mereka ada informasi bahawa Barcelona ada menghubungi Griezmann dalam beberapa minggu terakhir sebelum musim berakhir. Atletico sangat kecewa dengan berita itu.

Atletico kemudiannya menegaskan tidak akan menjual Griezmann dengan harga yang rendah. Mereka masih dengan pendirian, Barcelona perlu membayar klausa pelepasan untuk Griezmann yang dilaporkan sekitar €120 juta.

RMC melaporkan pada 1 Julai klausa pelepasan itu akan meningkat kepada €200 juta. Ini yang merisaukan Griezmann. Kerana beliau takut Atletico tidak mahu menjual beliau dan meminta Barcelona membayar klausa pelepasan.

RMC juga mendedahkan bahawa, Lionel Messi tidak selesa dengan cara perkembangan saga perpindahan Griezmann.

Messi dilaporkan tidak suka dengan sikap Griezmann. Lionel Messi sudah memberitahu pandangan beliau bahawa beliau lebih memilih untuk melihat Neymar kembali semula ke Barcelona berbanding dengan Griezmann.

Jika benar, berita ini pastinya mengejutkan Griezmann yang mahu bermain di samping Lionel Messi. Perkara ini juga membuatkan Barcelona sedang mempertimbangkan balik opsyen untuk mendapatkan Griezmann.

Neymar beberapa bulan lalu menyatakan beliau mahukan cabaran lebih tinggi daripada yang beliau ada ketika ini di Ligue 1.

Agak pelik juga jika Messi tidak menggemari sikap Griezmann, dan mahukan Neymar. Pemain yang pernah ‘buat hal’ mendesak perpindahan ke PSG satu ketika dahulu – sehingga berlaku insiden bergaduh di pusat latihan.

Situasi menjadi kompleks. Apabila PSG menerusi Presidennya, Nasser Al-Khelaifi menegaskan Neymar bukan untuk dijual. Nasser juga mengesahkan bahawa Neymar sangat gembira di Paris.

Walaubagaimanapun, jika Neymar mendesak untuk berpindah ke Barcelona sekali lagi, ianya mungkin akan membuatkan Barcelona memberikan laluan kepada PSG untuk mendapatkan Antoine Griezmann.

Jadi, perkara ini yang membuatkan perjanjian Griezmann ke Barcelona masih tergendala.

Barcelona masih berusaha untuk memastikan perjanjian ini menjadi kenyataan. Tetapi berdasarkan banyak pertimbangan dan kesukaran, perjanjian ini mungkin tidak akan direalisasikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN