Van Gaal Mahu De Ligt Tolak Man. United, Anggap De Jong Buat Pilihan Kurang Bijak

Bintang muda Ajax, Matthijs de Ligt sedang menerima banyak tawaran dari kelab lain di seluruh Eropah.

Pihak Ajax Amsterdaam sebelum ini menegaskan agak mustahil untuk mereka tidak menjual pemain itu, kerana terlalu banyak tawaran yang menarik dan sukar untuk ditolak De Ligt.

Antara kelab yang bersaing mendapatkan De Ligt adalah 2 kelab Manchester iaitu Man. United dan Man. City.

Louis Van Gaal ada pandangan beliau tersendiri. Dan Van Gaal mencadangkan De Ligt untuk pergi menyertai seteru Red Devils iaitu Man. City daripada menyertai kelab lama yang diuruskan beliau – Man. United.

Menurut Van Gaal lagi, Matthijs De Ligt akan menyerlah dan lebih membangun di bawah kendalian Guardiola berbanding dengan Ole Gunnar Solskjaer.

Sebelum ini bekas pengurus Ajax, Peter Bosz mencadangkan agar De Ligt pergi ke City.

Bosz berkata: “Saya rasa De Ligt sangat sesuai dengan Man. City. Situasi kini, Vincent Kompany sudah angkat kaki dan Nicolas Otamendi tidak cukup bagus untuk menjadi pemain bek tengah utama pasukan. Saya mahu melihat De Ligt bergandingan dengan Aymeric Laporte.”

Pandangan itu dipersetujui oleh Van Gaal yang turut merasakan Barcelona juga memerlukan pemain seperti De Ligt.

Van Gaal berkata: “Saya turut berpandangan sama dengan beliau. Walaupun De Ligt boleh juga pergi ke Barcelona, kerana saya tidak suka dengan pertahanan tengah Barcelona yang ada sekarang ini.”

Bagi Van Gaal, di Barcelona, sebab utama De Ligt akan ke sana mungkin kerana mahu bermain di samping Lionel Messi dalam satu pasukan. Oleh itu, Van Gaal merasakan pilihan lebih tepat adalah Man. City – mengambil kira isu pembangunan karier.

“De Ligt boleh bermain di Barcelona, dan juga boleh bermain di Man. City. Dalam keadaan ini, saya akan memilih untuk bermain di bawah Pep berbanding dengan bermain dengan Messi.”

Sementara itu, mengulas tentang Frenkie De Jong, Van Gaal meramalkan pemain itu telah melakukan kesilapan dengan memilih Barcelona.

“Saya rasa ianya akan menjadi sukar untuk beliau. Bukan sahaja kerana beliau akan bermain peranan baru, tetapi beliau juga perlu bersaing dengan barisan dalam kesebelasan utama.”

“Beliau agak bernasib baik kerana Barcelona tersingkir di separuh akhir UCL musim ini. Jika tidak, status pasukan itu pasti berbeza.”

“Saya percaya, De Jong pemain yang hebat. Namun harus diingat Rakitic pun pemain yang hebat. Saya pernah menginginkan Vidal di Man. United pada 5 tahun yang lalu.”

“Tetapi saya masih percaya bahawa pemain berhak memilih kelab mana yang mereka suka. Walaubagaimanapun beliau harus membuktikan Barcelona adalah pilihan yang tepat.”

“Dan saya rasa De Jong patut membuat keputusan lebih baik daripada ini kerana seluruh dunia menantikan kedatangan Frenkie De Jong ke dalam pasukan mereka. Jadi saya kekal positif ke atas beliau.”

Nampaknya Van Gaal mengeluarkan kenyataan agak panas. Pastinya pemain seperti De Jong mahu membuktikan bahawa jurulatih legenda Belanda ini silap.

Dan siapa tahu Matthijs De Ligt akan berjaya – sekiranya beliau memilih untuk bermain untuk Man. United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN