RM4.19 Juta Bantuan Kemanusiaan Dihantar Ke Ukraine, FIFA Diselar ‘Pilih Bulu’ Tak Bantu Negara Bergolak Lain

FIFA Bantuan Kemanusiaan

Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) telah menghantar bekalan perubatan epada Persatuan Bola Sepak Ukraine (UAF) dan memperuntukkan sejumlah $1 juta (RM4.18 juta) kepada Yayasan FIFA untuk bantuan kemanusian di negara bergolak berkenaan.

Sehingga kini dilaporkan lebih 3.3 juta pelarian telah pun meninggalkan Ukraine melalui sempadan barat dengan sekitar 2 juta lagi penduduk telah dipindahkan ke kawasan-kawasan tertentu sejak pencerobohan Rusia bermula 24 Februari lalu.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam kenyataannya pada Khamis mengesahkan sekurang-kurangnya 43 fasiliti kesihatan di Ukraine telah terjejas akibat serangan tentera yang mengorbankan 12 orang pekerja kesihatan.

“Berikutan dari pemintaan dari UAF, FIFA telah mengaturan penghantaran kit perubatan pertolongan cemas yang diangkut melalui jalan darat ke Ukraine bagi memenuhi keperluan yang cukup mendesak ketika ini,” ujar kenyataan tersebut.

“Secara keseluruhan, sejumlah $1 juta telah pun disalurkan kepada Yayasan FIFA supaya ia dapat bertindak segera terhadap gerak kerja bantuan kemanusiaan yang semakin meruncing di Ukraine. Semua usaha sedang giat dijalankan dengan kerjasama komuniti bola sepak.”

Di sebalik usaha murni FIFA tersebut, terdapat satu ciapan di Twitter yang menganggap FIFA bersikap selektif atau ‘memilih bulu’ dalam memberi bantuan kemanusiaan ini.

Pada awal minggu ini, FIFA telah meminda peraturannya mengenai status dan perpindahan pemain (RSTP) bagi membolehkan pemain bola sepak Ukraine didaftarkan ke kelab baharu di luar jendela perpindahan.

FIFA juga berkata pihaknya akan membenarkan perpindahan khas buat pemain-pemain asing yang kini ‘terperangkap’ di Rusia ekoran penggantungan kelab dan skuad kebangsaan Rusia daripada menyertai mana-mana kejohanan.

“Ini bagus, tetapi FIFA tidak kelihatan di Libya, Palestin, Syria dan negara-negara lain yang amat terjejas dengan peperangan. Jadi ini jelas satu diskriminasi oleh FIFA yang kita tahu sangat berkuasa.”

Hipokrasi pihak ‘barat’ ini turut berlegar di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) di mana tekanan dikenakan ke atas pemilik Chelsea, Roman Abramovich susulan dari serangan Rusia ke atas Ukraine baru-baru ini, tetapi berdiam diri dengan pemilikan Newcastle United oleh Konsortium Arab Saudi yang terpalit dengan pelbagai isu kemanusiaan termasuk peperangan di Yaman.

Leave a Reply