MPFL: Selangor MBSJ Bangkit Kejar Defisit 3 Gol Untuk Benam KL Prefer-Cyberlynx

Selangor MBSJ berjaya melakukan comeback yang sungguh luar biasa menakjubkan, dengan mereka dari ketinggalan 4-1 berjaya bangkit menewaskan KL Prefer-Cyberlynx 8-5.

Norhawa Md Yasin merupakan antara nadi utama kebangkitan Selangor dengan beliau mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Siti Nurkhaleeda Ismail (dua gol), Nur Ayu Natasya, Nur Ainsyah Murad dan Nurin Umairah berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol untuk KL Prefer-Cyberlynx.

Sementara gol untuk Selangor MBSJ pula berjaya dijaringkan oleh Norhawa Md Yasin (2 gol) Nur Afrina Azhar (2 gol), Nur Haniza Saarani, Fatin Shahida Azmi (2 gol) Wan Nadhirah.

Perlawanan yang menarik dan dramatik

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang perlawanan antara Selangor MBSJ dan KL Prefer-Cyberlynx ini antara perlawanan paling menarik dan menghiburkan.

KL Prefer-Cyberlynx terlebih dahulu mendahului perlawanan sebelum Selangor MBSJ menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Corak permainan Selangor mula menurun dengan KL Prefer-Cyberlynx lebih mendominasi perlawanan pada pertengahan aksi babak pertama.

Nur Ainsyah Murad merupakan nadi penting dalam sistem KL Prefer-Cyberlynx dengan mereka berjaya mendahului Selangor 4-1.

Serba tidak menjadi untuk skuad Selangor dengan pasukan lawan terus melancarkan serangan merbahaya serta mengasak kubu mereka.

Namun skuad Selangor MBSJ berjaya melakukan comeback yang sungguh luar biasa dengan mengikat kedudukan menjadi 4-4.

KL Prefer-Cyberlynx nampak mula tertekan apa lagi mereka memiliki barisan pemain muda yang kurang berpengalaman.

Dari mendahului 4-1 kemudiannya dikejar dan diikat 4-4 sudah tentu membuatkan barisan pemain muda ini dalam keadaan yang sangat tertekan.

KL Prefer-Cyberlynx walau bagaimanapun sekali lagi berjaya mendahului permainan dengan mendahului Selangor 5-4.

Nasib tidak menyebelahi KL Prefer-Cyberlynx, dengan pengalaman yang luar, Selangor tenang kembali mendominasi permainan seterusnya meledak 4 gol untuk mencatatkan kemenangan 8-5.

Norhawa Md Yasin pemain terbaik Selangor MBSJ

Hawa merupakan antara pemain terbaik skuad Selangor MBSJ dalam perlawanan tersebut dengan beliau bijak mematahkan kebanyakan serangan dari pasukan lawan.

Beliau juga kerap melancarkan serangan dengan melepaskan rembatan-rembatan padu dari jauh untuk menguji gawang gol lawan.

Ketika ditanya bagaimana beliau kekalkan momentum permainan walau dalam keadaan mereka sedang ketinggalan, Hawa menegaskan bahawa:

“Bila semua pemain down, kita kena ada seorang yang boleh naikkan semangat diorang, yakin je dan jangan mengalah.”

Beliau bermain seolah-olah memiliki tiga jantung dengan Hawa langsung tak menunjukkan tanda-tanda beliau penat sepanjang perlawanan tersebut.

Beliau berhak dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini dan juga merupakan nadi sebalik kebangkitan luar biasa Selangor MBSJ.

Nur Ainsyah Murad permata yang perlu diberi perhatian

Pemain berusia 19 tahun ini merupakan antara pemain paling menyerlah dalam perlawanan tersebut, walaupun KL Prefer-Cyberlynx kalah.

Beliau antara pemain paling berprestasi dan kebanyakan gol KL Prefer-Cyberlynx berpunca dari gerakan beliau yang menakjubkan.

Satu hal yang menarik tentang Ainsyah, walau usia masih muda, beliau sama sekali tak gerun untuk bermain perang psychology dengan pemain senior lawan.

Harus diakui pemain Selangor agak ‘koyak’ berdepan dengan pemain muda KL Prefer-Cyberlynx ini dengan beliau juga tidak kurang nakalnya mengusik kakak-kakak senior di atas padang.

Bukan hanya ada kemampuan dalam bermain permainan minda, namun harus diakui corak permainan beliau juga sebenarnya sangat bagus dan berkualiti tinggi.

Prospek masa depan negara, Nur Ainsyah Murad sememangnya memiliki masa depan yang cerah andai beliau konsisten mempamerkan aksi persembahan hebat seperti dalam perlawanan tersebut.

Rumusan

Perlawanan antara Selangor MBSJ bertemu KL Prefer-Cyberlynx sememangnya sangat menarik dan menghiburkan, namun ada satu hal yang pihak penganjur perlu perbaiki.

Mutu pengadilan dalam perlawanan ini tersangatlah teruk dan para pemain seolah-olah bermain tanpa ada pengadil yang mengadili perlawanan.

Bukan kata berat sebelah, kerana pengadil memang tak memihak kepada sesiapa, namun mereka langsung tak peduli dengan apa saja situasi yang berlaku dalam padang.

Kekasaran, bola kena tangan dan macam-macam lagi insiden yang berlaku di dalam padang, namun pengadil sekadar meneruskan permainan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Perlawanan bahkan sudah melibatkan fizikal pada hujung-hujung minit permainan dan pengadil masih lagi tidak memperdulikan hal tersebut.

MPFL merupakan kejohanan futsal terbesar di Malaysia dan FAM sepatutnya ambil peduli soal mutu pengadilan dalam perlawanan di kejohanan ini.

Terlalu teruk dan mengecewakan, baik pemain, jurulatih mahupun penyokong, semua sepakat yang mutu pengadilan di kejohanan ini tersangatlah mengecewakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN