‘RM300,000 Sumbangan Untuk Setiap Kelab Selenggara Padang’- Bukti TMJ Prihatin Akan Bola Sepak Negara

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sekali lagi tampil menunjukkan keprihatinan tinggi akan nasib bola sepak di Malaysia.

Seperti diketahui, Tunku Mahkota Johor (TMJ) merupakan antara individu paling lantang menyuarakan nasib bola sepak tempatan sejak baginda terlibat dalam sukan tersebut di Malaysia.

Terbaharu, TMJ dilaporkan berkenan untuk memberi sumbangan sebanyak RM300,000 untuk penyelenggaraan padang kepada setiap kelab yang menerima geran RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi pembinaan padang serta sistem perparitan baharu lebih berkualiti.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat selepas satu Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia & Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025.

Pada mesyuarat tersebut ianya turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YB Dato’ Ab. Ghani Hassan, Presiden Malaysian Football League (MFL) di Sunway Big Box Hotel, Iskandar Puteri Johor.

Kenyataan ini turut dikeluarkan menerusi laman X rasmi milik TMJ serta mendapat maklum balas positif dalam kalangan peminat bola sepak negara di ruangan komen.

“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia & Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YB Dato’ Ab. Ghani Hassan, Presiden Malaysian Football League (MFL) di Sunway Big Box Hotel, Iskandar Puteri Johor pada hari ini, 9 Januari 2024.

“Dalam mesyuarat tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menyumbang RM300,000 untuk penyelenggaraan padang bagi tahun pertama kepada setiap pasukan yang menerima geran RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi pembinaan padang baharu dan sistem perparitan baharu yang berkualiti.

“Geran daripada kementerian tersebut adalah hasil perbincangan antara Baginda dan YB Hannah pada tahun lalu,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, baginda juga turut menekankan isu kepentingan infrastruktur lebih berkualiti dapat dilihat pada suatu masa di seluruh negara.

“Saya telah menegaskan tentang kepentingan infrastruktur bola sepak yang berkualiti. Saya berharap dapat melihat infrastruktur di seluruh negara menjadi lebih baik dan menepati piawaian antarabangsa,” jelas TMJ.

Menerusi usaha tersebut, jelas TMJ bukan sahaja memfokuskan kepada pembangunan kepada JDT, tetapi turut prihatin kepada pasukan lain dengan harapan bola sepak di Malaysia akan terus bertambah maju pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN