Riyad Mahrez Umum Persaraan Melalui Muat Naik Facebook Meragukan

Pemain sayap Algeria dan bintang Leicester City, Riyad Mahrez mengejutkan dunia bola sepak apabila mengumumkan persaraan daripada pada usia 27 tahun.

Namun demikian, pengumuman yang dilakukan oleh pemain tersebut melalui media sosial rasmi Facebook pemain tersebut adalah meragukan, setelah tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak kelab Leicester City mengenai perkara berkenaan.

Melalui muat naik tersebut, Mahrez dipetik sebagai berkata bahawa beliau memutuskan untuk berundur daripada bola sepak profesional selepas mendapat nasihat daripada doktor.

Oleh itu, Mahrez mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau di dalam karier bersama Leicester City.

Muat naik tersebut merupakan yang pertama di akaun Facebook rasmi milik pemain itu, setelah kali terakhir muat naik ialah pada 24 Februari yang lalu.

Pada Februari lalu, Mahrez telah menulis satu kenyataan berbunyi: “Bersedia untuk beraksi #LCFC #premierleague #kingpowerstadium.”

Dan lima jam sebelum muat naik meragukan di akaun Facebook milik pemain itu, satu muat naik di akaun twitter yang mengandungi video jaringan menentang Bournemouth di saingan Liga Perdana Inggeris turut disiarkan bersama mesej “tidak menyerah kalah”.

Penyokong Leicester City yang memantau situasi ini turut berkata telah melihat Mahrez muncul di dalam klip video yang dikongsikan oleh rakan sepasukan ketika latihan pada pagi Selasa lalu.

Mahrez sebelum ini kecewa selepas perpindahan ke Manchester City pada jendela perpindahan Januari lalu tidak menjadi kenyataan.

Kengganan Leicester City berlembut dengan tawaran pendahulu liga itu, menyebabkan Mahrez memberontak sehingga tidak menghadiri latihan bersama kelab selama 10 hari.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak kelab dan juga pemain berkaitan persaraan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN