5 Perkara Mengenai Davide Astori, Sang Pejuang Dalam Padang Dan ‘Family Man’

Semalam kami ada menerima satu permintaan daripada peminat bola sepak untuk menulis satu artikel khas tentang Davide Astori untuk berkenalan lebih lanjut dengan mendiang.

Tanggal 4 Mac 2018 merupakan tarikh yang akan terus dikenang buat selama-lamanya  sebagai hari duka buat dunia bolasepak Itali.

Kematian datang tanpa diduga. Berita kematian pemain Fiorentina, Davide Astori telah mengejutkan seluruh peminat bolasepak seluruh dunia khususnya di Itali.

Seperti yang dilaporkan pihak kelab, pemain antarabangsa dari Itali itu dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang tidur disebuah hotel di bandar Udine beberapa jam sebelum sepak mula jadual perlawanan Serie A diantara Udinese bertemu Fiorentina.

Berita tersebut telah mengejutkan kem pasukan Fiorentina dan seluruh penyokong setia kelab itu. Astori yang juga merupakan ketua pasukan Fiorentina adalah tonggak utama skuad bimbingan Stefano Pioli untuk menghadapi cabaran Serie A musim ini.

Pemain yang berusia 31 tahun ini menyertai Fiorentina pada tahun 2015 secara pinjaman dari kelab Cagliari sebelum menandatangani kontrak sebagai pemain tetap pada tahun 2016.

Sejak menyertai Fiorentina, Astori telah beraksi sebanyak 91 perlawanan dan berjaya membantu pasukan tersebut dengan menjaringkan 11 gol secara peribadi.

Bekas rakan sepasukan, jurulatih dan pasukan-pasukan yang lain antara yang memberikan penghormatan terakhir melalui media sosial.

Kami dari Semuanyabola turut bersimpati keatas pemergian Astori. Demi memberi penghormatan buat Davide Astori, kami kongsikan kepada pembaca, 5 perkara yang anda harus tahu mengenai pemain kelahiran San Giovanni Bianco, Itali ini.

1. Bakat Astori Bermula Dari Kelab Akademi AC Milan

Mungkin Davide Astori lebih kenali peminat bolasepak ketika bersama pasukan As Roma, Cagliari, dan Fiorentina. Mana tidaknya, bersama tiga pasukan inilah yang telah berjaya mengangkat namanya sebagai pemain bolasepak profesional di bumi Itali.

Lebih manis ketika beliau menyarung jersi Cagliari. Astori telah melakukan penampilannya bersama kelab tersebut sebanyak 174 kali sejak menyertainya pada tahun 2008 hingga 2014, sebelum beliau dipinjamkan ke As Roma dan Fiorentina selama dua musim.

Namun, tahukah anda, Astori juga merupakan produk dari akademi Ac Milan. Bakat Astori mula dicungkil melalui akademi belia tersebut sewaktu beliau berusia 14 tahun.

Astori mengasah bakatnya selama 5 tahun di akademi tersebut sebelum dipromosikan ke kelab senior Ac Milan. Sayangnya, ketika bersama Ac Milan selama dua musim pada tahun 2006 hingga 2008, Astori tidak berpeluang beraksi bersama Rossoneri. Hal ini kerana ketika itu kelab tersebut diperkuatkan dengan barisan pertahanan terbaik dunia seperti Alessandro Nesta, Paolo Maldini dan Jaap Stam.

2. Pernah Menyarung Jersi Kebangsaan Itali

Tahukah anda, pada tahun 2013, Astori pernah terpanggil untuk memperkuatkan skuad kebangsaan Itali yang ketika itu dikendalikan oleh Cesare Prandelli.

Ketika itu, Astori berjaya membawa Gil Azzurri merangkul tempat ketiga Piala Konfederasi FIFA yang diadakan di Brazil pada pertengahan tahun 2013.

Astori bersama rakan-rakan pasukan telah berjaya membantu Itali layak sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum tewas keatas Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti.

Namun, Itali berjaya merebut gelaran tempat ketiga kejohanan selepas menewaskan Uruguay dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Perlawanan terpaksa diheretkan ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat perlawanan sebenar.

Dalam perlawanan tersebut, Astori telah berjaya mencetak sebagai penjaring menerusi tolakkan mudah kegawang gol selepas sepakan percuma Diamati mengenai tiang penjuru gawang gol lalu bola membidas penjaga gawang Uruguay, Fernando Muslera.

Gol tersebut juga merupakan gol pertamanya secara peribadi bersama pasukan kebangsaan Itali sejak diberi peluang menyertai pasukan tersebut pada tahun 2011.

SALVADOR, BRAZIL – JUNE 30: Davide Astori of Italy celebrates the opening goal with his team-mates during the FIFA Confederations Cup Brazil 2013 3rd Place match between Uruguay and Italy at Estadio Octavio Mangabeira (Arena Fonte Nova Salvador) on June 30, 2013 in Salvador, Brazil. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

3. Rakan Baik Radja Nainggolan

Berita kematian Astori telah mengejutkan keluarganya dan rakan-rakan pasukan. Turut terkesan ialah sahabat baiknya Radja Naiggolan

Bagi Naiggolan, Astori bukan hanya sebagai seorang pemain dan rakan pasukan, beliau lebih mengangap Astori ini sebagai keluarga hidup Naiggolan.

Kedua-dua mereka pernah bersama-sama bermain untuk Cagliari dan As Roma.  Naiggolan antara pemain yang tidak melepaskan peluang untuk meluahkan perasaan dukanya diatas pemergian sahabat tercinta.

“Dia(Astori) seorang pemain yang hebat, dan lebih dari itu. Dia seorang yang hebat…. Banyak perlawanan kami bersama di Cagliari dan kemudian jodoh kami ditemukan semula bersama di AS Roma.”

“Saya sulit untuk menerima kenyataan ini. Saya masih tidak boleh melupakannya saat ini. Fikiran saya bersama-sama keluarganya dan orang terdekatnya…RIP”

Naiggolan membuat ucapannya melalui laman sosial Instragam miliknya iaitu radjanaiggola.4 pada hari Ahad lalu.

CAGLIARI, ITALY – MAY 22: Davide Astori and Radjia Nainggolan celebrate their team’s 1-1 equaliser during the Serie A match between Cagliari Calcio and Parma FC at Stadio Sant’Elia on May 22, 2011 in Cagliari, Italy. (Photo by Enrico Locci/Getty Images)

4. Seorang Pencinta Keluarga / ‘family man’

Astori bukan hanya sekadar seorang pemain profesional sejati, beliau juga merupakan seorang ayah dan suami yang penyayang.

Astori berkahwin dengan Francesca Fioretti yang juga merupakan seorang model di Itali pada tahun 2013. Hubungan cinta mereka yang terjalin, telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Vittoria.

Meskipun sibuk menjalani latihan sebagai seorang pemain bolasepak profesional, cintanya untuk isteri, anak serta keluarga tidak terlepas pandang. Sifat Astori harus dijadikan contoh buat semua pemain bolasepak profesional diseluruh dunia.

Astori seorang pemain yang sentiasa memberikan tumpuan dalam setiap latihan dan perlawanan. Selain itu, beliau juga menjadi seorang suami dan ayah yang telah memberikan 100% tumpuannya bersama keluarga tercinta dimasa yang terluang.

5. Sifat Astori Menjadi Inspirasi Rakan Seperjuangan

“Anda(Astori) merupakan inspirasi terbaik dari dunia kuno, yang ditinggalkan orang. Memiliki sifat tidak memetingkan diri sendiri, keaggunan, kesopanan dan rasa hormat terhadap orang lain.

Pujian harus diberikan sebenar-benarnya, beliau merupakan seorang tokoh sukan yang terbaik pernah saya ketemu.”

Pesanan itu disampaikan oleh Gianluigi Buffon untuk mengambarkan sifat pemain berusia 31 tahun itu melalui Instagramnya.

Selain Buffon, ramai lagi rakan-rakan seperjuangan telah membanjiri ucapan dilaman sosial memberikan ucapan belasungkawa mereka kepada Davide Astori seperti, Andrea Pirlo, Leonardo Bonucci, Antonio Conte, Massimiliano Allegri, Cesare Prandelli.

Bahkan, kelab-kelab besar di Eropah juga tidak melepaskan ucapan dan memberi penghormatan sebelum sepakmula perlawanan kepada mendiang Astori.

Semua ucapan yang diberikan bukan kerana simpati diatas perkhabaran kematian yang mengejutkan secara tiba-tiba itu, tetapi kerana sifat Astori yang peramah, bekarisma, mudah didekati, berdedikasi dan berwibawa.

Tidak pernah sesekali sepanjang kariernya timbul isu kontroversi  dan perilaku yang buruk diceritakan membabitkan beliau. Ia sebagai contoh yang harus diikuti oleh semua pemain bolasepak.

Palazzo Vecchio on November 9, 2015 in Florence, Italy.

Akhir Kata

Pemergian Davide Astori amat dirasai semua pihak terutama peminat, rakan-rakan pasukan dan ahli keluarga. Ianya satu kehilangannya besar bolasepak dunia khususnya bolasepak di Itali.

Kami di Semuanya BOLA ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Davide Astori. Semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN