Riyad Mahrez menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Tottenham Hotspur untuk membantu Manchester City naik semula ke puncak liga. Beliau mendedikasikan gol itu kepada mendiang Vichai Srivaddhanaprabha yang terkorban dalam nahas helikopter.
Mahrez menganggap Vichai Srivaddhanaprabha seperti seorang ayah kepada dirinya. Vichai sangat pemurah. Dan para pemain Leicester pernah menerima kereta BMW i8 daripadanya kerana menjuarai EPL.
Mahrez bermain 179 bersama Leicester sejak 2014 sehingga 2018. Mahrez antara watak penting dalam sejarah gemilang bersama Leicester membantu kelab itu menjuarai EPL 2015/16. Mahrez juga menjadi Pemain Terbaik Tahunan PFA musim tersebut.
Beliau menyatakan dia tak dapat tidur dengan selepas mendengar berita pemergian pemilik Leicester itu.
Riyad Mahrez menyatakan beliau mendedikasikan gol itu kepada Vichai Srivaddhanaprabha yang maut dalam nahas helikopter di luar Stadium King Power pada Sabtu lalu.
Mahrez menganggap ianya satu kehilangan besar kepada ramai pihak dan secara peribadi Mahrez menganggap Vichai Srivaddhanaprabha seperti ayahnya sendiri.
Mahrez bermain 179 perlawanan dari 2014 sehingga 2018. Beliau menjadi watak penting dalam era Vichai ketika mencipta sejarah menjuarai EPL pada 2015/16. Beliau memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA pada musim gemilang itu.
Mahrez berkata dia tak dapat tidur dengan tenang ketika menerima berita itu.
“Bos seorang yang sangat istimewa bagi saya. 4 tahun lebih saya di sana (Leicesters), banyak sekali kenangan saya dengan beliau.”
“Dia adalah seorang yang baik hati dengan impian yang besar. Saya rasa sangat sedih mendengar berita pemergian beliau dan mereka yang ada dalam helikopter itu. Fikiran saya bersama-sama dengan Leicester dan keluarga mangsa ketika ini.”
“Ketika saya menjaringkan gol saya menunjukkan jari saya ke langit kerana ingin menujukan gol itu kepadanya. Dia telah banyak membantu saya ketika di Leicester.”
Walaupun tak cukup tidur selepas mendengar berita itu Mahrez tetap menunjukkan aksi cemerlang di atas padang.
“Saya sentiasa mahu bermain. Saya tahu beliau [Vichai] mahu saya bermain. Beliau seorang yang sangat bersemangat dengan bola sepak. Sukar sekali, kerana saya tak henti-henti teringatkan beliau.”
Pep Guardiola menyatakan mereka sepasukan di Man. City memahami kesedihan Riyad Mahrez kerana pemain itu sangat rapat dengan mendiang Vichai Srivaddhanaprabha. Pep juga memberitahu yang rakan-rakan sepasukan Mahrez dan kesemua mereka di Man. City memberikan sokongan kepada pemain itu yang berada dalam detik sukar.
Pep juga menzahirkan simpati beliau kepada Leicester City. Dan pada masa yang sama sangat kagum dengan fokus Mahrez dalam menjalankan tugasannya di dalam padang.
Manchester City menang 1-0 ke atas Spurs di Wembley dalam pertemuan pada awal pagi tadi. Kemenangan ini membolehkan City mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Premier League musim ini.