RASMI: Julen Lopetegui Dipecat Real Madrid Selepas Prestasi Hambar

Julen Lopetegui  dipecat Real Madrid berikutan prestasi hambar pasukan tersebut di bawah kendaliannya. Kemuncak kepada masalah itu apabila Real Madrid dimalukan Barcelona 5-1 dalam el-clasico pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Florentino Perez dilaporkan memberikan masa seminggu untuk beliau memperbaiki aksi pasukan dan el clasico adalah perlawanan yang sangat penting menentukan nasib beliau.

Kekalahan dalam el clasico merupakan kekalahan ke-5 Real Madrid dalam 6 perlawanan. Lopetegui menggantikan Zinedine Zidane yang memberikan 3 kejuaraan UCL kepada Real Madrid. Beliau dilantik pada pra musim lalu dengan cara sangat kontroversi.

Beliau menerima jawatan di Real Madrid tanpa pengetahuan RFEF. Ketika itu beliau sedang menguruskan pasukan kebangsaan. Pada sidang media pertama dengan Real Madrid sebaik sahaja dipecat oleh pasukan kebangsaan Sepanyol beliau berkata:

“Semalam hari paling sedih saya, tetapi hari ini hari paling gembira dalam hidup saya.”‘

Di bawah kendalian Lopetegui Sepanyol sangat cemerlang pada pusingan kelayakan Piala Dunia. Namun beliau terpaksa dipecat kerana tindakan tidak profesional.

pemecatan itu dibuat hanya beberapa hari sebelum sepak mula pasukan Sepanyol dalam kempen Piala Dunia. ramai penyokong Sepanyol kecewa dengan perkara itu.

Lopetegui
PARIS, FRANCE – MARCH 28: Julen Lopetegui, coach of Spain gives instructions during the International Friendly match between France and Spain at Stade de France on March 28, 2017 in Paris, France. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Pihak RFEF juga menyatakan Lopetegui sebenarnya sudah menandatangani kontrak lanjutan dengan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Lopetegui akan digantikan seketika oleh Santiago Solari yang merupakan jurulatih Ream Madrid B. Nasib beliau diputuskan selepas mesyuarat pengurusan tertinggi pada Isnin lalu.

Beberapa pemain mendakwa terkejut kerana Lopetegui masih hadir ke sesi latihan walaupun sebelum itu sudah mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Lopetegui dipecat kerana didapati gagal meyakinkan Real Madrid beliau orang yang mampu membawa pasukan itu.

Ini kerana beliau  menguruskan pasukan yang ada 8 pemain dalam senarai 30 senari pendek untuk Ballon d’Or 2018. Seorang pemain yang merupakan pemenang Anugerah FIFA Best dan juga Pemain Terbaik Piala Dunia 2018, Luka Modric.

Real Madrid hanya mengumpul 14 mata daripada 30 yang ditawarkan setakat ini. Hanya mengutip 1 mata dalam 5 perlawanan terakhir merupakan pencapaian terburuk sejak 2008//09 di mana mereka gagal mengutip sebarang mata untuk 5 perlawanan berturut-turut di bawah Juande Ramos.

Bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte dilaporkan menjadi calon pilihan untuk menggantikan Lopetegui.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN