Neymar Sokong Hukuman Ke Atas Mbappe Dan Rabiot Kerana Masalah Disiplin

Neymar

Kylian Mbappe dan Rabiot antara nama pemain muda yang paling gah dalam bola sepak dunia ketika ini. Namun minggu lalu Mbappe dan Rabiot telah dikenakan tindakan oleh Thomas Tuchel kerana masalah disiplin. Pada awalnya, Tuchel dilaporkan menyisihkan 2 nama ini daripada senarai pasukan.

Mbappe dan Rabiot kehilangan tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Kedua-dua mereka merupakan nama penting dalam skuad Tuchel musim ini. Mbappe dan Rabiot dihukum kerana datang lewat ke sesi taklimat sebelum perlawanan menentang Borussia Dortmund.

Tuchel menyatakan beliau tak suka menghukum pemainnya namun terpaksa melakukannya sebagai pengajaran bahawa para pemain harus sentiasa berdisiplin. Di Jerman, Thomas Tuchel memang seorang yang sangat mementingkan disiplin. Beliau sentiasa percaya, sebesar mana pun seseorang pemain itu, mereka tetap kena berdisiplin.

Sebab itulah beliau lebih dikenali sebagai jurulatih yang tipikal ‘disciplinarian’. Di PSG beliau mengekalkan pendekatan sama walaupun pasukan itu ramai nama besar.

Selepas tamat perlawanan Neymar menyatakan sokongan beliau kepada hukuman ke atas pemain yang ada masalah disiplin. Bagi Neymar sebagai pemain profesional mereka kenalah bertanggungjawab terutama sekali selepas melakukan kesalahan. Neymar berkata:

“Tindakan telah pun diambil, ini perkara normal melibatkan jurulatih dan pera pemain. Ya, semua pemain harus menghormati jadual yang telah ditetapkan. Namun mereka (Mbappe dan Rabiot) gagal melakukannya tempoh hari.”

“Tak apa, mereka faham, mereka pemain yang hebat dan sangat penting untuk pasukan. Kesannya, kami sangat merasai kehilangan mereka hanya kerana perkara seperti ini. Namun ini adalah perkara dalaman dalam pasukan.”

“Kylian Mbappe kemudian masuk dan membantu kami menyelesaikan masalah di atas padang.”

Mbappe masuk selepas 16 minit perlawanan separuh masa kedua dan tak lama selepas itu terus menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-65. Rabiot masuk pada 10 minit terakhir. PSG menamatkan sisa perjuangan Marseille dengan jaringan masa kecederaan oleh Julian Draxler.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Tuchel tidak mahu menyembunyikan kekecewaannya di atas isu tersebut.

“Saya terpaksa memikirkan semasak-masaknya. Ini adalah situasi melibatkan disipilin. Adakah kita mahu membiarkan sahaja pemain yang datang lewat untuk taklimat pasukan, dan mereka tak dihukum selepas itu?”

“Kualiti berpasukan (kolektif) sentiasa lebih utama daripada kualiti individu, dan saya sentiasa pecayakan perkara itu dalam bola sepak.”

Tuchel lega kerana isu itu berakhir dengan kegembiraan kepada PSG di mana Mbappe membantu pasukannya menang selepas bergelut sepanjang perlawanan untuk mencari gol.

“Saya tak suka untuk melihat pasukan saya tanpa beliau (Mbappe). Saya juga sedih kerana terpaksa menghukum beliau. Saya tak suka melakukan perkara sebegini, dan ianya agak sukar hari ini. Bagi saya, malam ini bukan malam yang baik.”

Peminat PSG pastinya mahu Mbappe dan Rabiot tidak buat hal lagi. Rabiot sebelum ini pernah tidak sehaluan dengan Deschamps kerana menolak untuk menjadi pemain dalam senarai simpanan untuk skuad Piala Dunia. Deschamps menganggap Rabiot sebagai pemain yang besar kepala dan perlu menghormati rakan-rakan yang lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN