“Risto Vidakovic Tidak Jujur” – Presiden Borneo FC Juga Bidas Agensi Milik Kiko Insa

Jurulatih baharu Melaka United, Risto Vidakovic sebelum ini menjadi mangsa kecaman dan dilabel sebagai ‘jurulatih penipu’ oleh penyokong Borneo FC sebaik sahaja beliau diumumkan  sebagai ketua jurulatih untuk musim 2022.

Jurulatih daripada Bosnia dan Herzegovina berusia 53 tahun itu sah didatangkan oleh Melaka United tiga hari yang lalu untuk menggantikan Zainal Abidin Hassan.

Tidak masuk akal

Kecaman daripada penyokong Borneo FC di bahagian komen Instagram rasmi Melaka United sememangnya boleh difahami dan boleh dijangka kerana berpendapat Vidakovic sekadar memberi alasan dan berdalih untuk meninggalkan Borneo FC.

Vidakovic yang baru dilantik pada Oktober tahun lalu untuk menggantikan Mario Gomez di kelab yang berpengkalan di Samarinda, Indonesia itu sebelum ini meletak jawatan dengan memberi alasan enggan berjauhan daripada keluarga tatkala dunia sedang tidak berada di dalam keadaan menentu akibat pandemik dan varian virus yang melanda.

Namun dua hari selepas dilepaskan oleh Borneo FC, bekas pengendali Ceres-Negros itu diumumkan sebagai ketua jurlatih Melaka United yang baru, lantas membuatkan ramai pihak di Borneo FC rasa tidak puas hati

Bos Borneo FC geram

Tidak ketinggalan melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Vidakovic menyertai Melaka United adalah Presiden Borneo FC sendiri, iaitu Nabil Husein.

Malah Nabil sempat mengulang ciap ciapan awal yang dikongsi oleh seperti wartawan The Star, T. Avineshwaran, saat perkhabaran Vidakovic dilaporkan menarik minat Melaka United.

Beberapa laporan media dari Indonesia kemudiannya sempat berkongsi reaksi pemilik kelab Borneo FC itu yang menyifatkan tindakan jurulatih dari Bosnia dan Herzegovina itu sebagai tidak jujur.

“Kemarin pelatih itu tidak jujur. Rupanya ke Malaysia,” kata Nabil Husein seperti yang dipetik daripada Indosport.

Media yang sama turut berkata Nabil sempat membidas agensi yang menaungi Risto Vidakovic, iaitu Insa Project Global Group. Agensi tersebut dinaungi oleh bekas pemain kebangsaan, iaitu Kiko Insa.

Kekosongan yang ditinggalkan Risto Vidakovic bagaimana pun pantas diisi oleh Borneo FC dengan melantik bekas pengendali skuad B-19 dan B-16 Indonesia, Fakhri Husaini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN