‘Messi Kedah’ Impi Bantu Kelantan Ke Liga Super

Lembaran baharu yang dibawa oleh bekas pemain sayap lincah Kedah dan Perak, Farhan Roslan bersama Kelantan musim 2022 dianggap sebagai suatu cabaran buat diri beliau selaku pemain bola sepak profesional.

Jelas pemain berusia 25 tahun itu, buat masa ini beliau tidak mahu meletakkan bebanan besar buat dirinya dengan meletakkan sebarang sasaran peribadi bersama Kelantan, sebaliknya mahu memberi sepenuh tumpuan dalam aksi untuk mendapatkan kembali rentak serta memburu sebanyak mungkin minit permainan.

Farhan juga mengakui sepanjang tempoh dua musim sebelum ini beliau bergelut untuk mendapatkan prestasi sebenar dan masih lagi dirasai sehingga kini dengan berharap situasi sedemikian tidak lagi dialami bersama Kelantan.

“Sebelum musim ini berakhir, saya sebenarnya sudah mendapat tawaran dari Kelantan dan selepas berbincang dengan keluarga, saya buat keputusan untuk datang ke sini.

“Saya sahut cabaran ini adalah kerana mahu mendapat pengalaman baharu dan paling penting meraih seberapa minit permainan bagi membina semula keyakinan serta mencari kembali momentum seperti dahulu.

“Masa di Perak, sebenarnya saya tidak alami sebarang kecederaan yang membuatkan saya terpaksa berehat lama cuma mungkin bukan rezeki saya untuk bermain kerana seperti tidak berada dalam perancangan pasukan.

“Tidak ada sebarang sasaran peribadi buat diri ini seperti jumlah jaringan atau bantuan jaringan mahu dilakukan, sebaliknya saya hanya janjikan mahu berikan terbaik serta bekerja keras jika diturunkan, ” katanya kepada Harian Metro.

Farhan yang pernah diberi jolokan sebagai ‘Messi Kedah’ sewaktu awal karier beliau pada tahun 2014, menjadi antara pemain mudah ketika itu yang sering mendapat perhatian para pemerhati bola sepak dek kerana kelincahan beliau yang bijak memperdayakan pertahanan lawan.

Segalanya seakan serba tidak kena setelah masalah kecederaan yang berlanjutan memberi kesan dalam karier beliau selaku pemain bola sepak Kedah sepanjang tujuh musim menabur bakti bersama pasukan berkenaan selain banyak bakat-bakat baharu lain yang turut bersinar.

Pada musim lalu, Farhan beraksi untuk Perak setelah dipinjamkan oleh Kedah dan beliau sempat beraksi untuk lapan perlawanan dan berjaya meledak satu gol ketika pasukan diwakilinya membenam cabaran Pahang dengan keputusan 2-0.

Dalam masa sama, Farhan mengakui bekas rakan sepasukan beliau yang sebelum ini beraksi bersama di Kedah iaitu Osman Yusoff, Shahrul Igwan Shamsuddin, dan Khairul Helmi Johari merupakan sesuatu yang positif buat dirinya namun perkara tersebut tidak menjadi keutamaan beliau.

“Bagi saya kehadiran rakan-rakan lama semasa di Kedah tidak memberikan apa-apa perbezaan kerana pemain lain juga umpama satu keluarga apabila saya rasmi bersama Kelantan.

“Apa yang menyatukan kami adalah kami mahu buat merealisasikan impian Kelantan bermain di Liga Super pada musim 2023, itu jadi sasaran utama saya di sini, ” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN