Risto Vidakovic Dedah Persiapan Pra-Musim Lewat Antara Punca Kekalahan

Pengendali baharu Melaka United, Risto Vidakovic sudah menjangka mengenai pasukannya bakal menerima kekalahan semalam setelah skuad kendaliannya sebelum itu tewas mengejut di tangan Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Dalam aksi tersebut, Melaka United diperkuatkan dengan lima pemain import iaitu penjaring terbanyak musim lalu, Ifedayo Olusegun, Sony Norde, Emmanuel Oti, Adriano Narcizo, dan Justin Baas dilihat gagal untuk memberi impak dalam permainan sehingga tenggelam dengan aksi yang kukuh dipamerkan lawan, PJ City.

Beberapa pemain lain yang bertaraf bintang seperti Norshahrul Idlan Talaha, Fadhli Shas, dan Norazlan Razali juga dilihat gagal untuk memberi aksi yang lebih menyakinkan berbanding lawan yang hanya dibarisi keseluruhan pemain tempatan.

Walaupun begitu, bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan Serbia itu menberitahu beliau sebenarnya sudah menjangka keputusan berkenaan ekoran persiapan pramusim yang kurang baik seperti diharapkan.

Menurut Risto, punca mengapa skuad kendaliannya gagal menyerlah adalah disebabkan beberapa pemain baru menyertai kem latihan 10 hari lalu dan keserasian sesama mereka masih lagi sangat rendah.

“Saingan musim ini berlangsung awal dan kami mulakan persiapan pramusim agak lambat dan saya tahu, kita akan tertekan kerana ramai pemain yang datang lewat termasuk ada yang mula 10 hari sebelum liga bermula.

“Kita ramai pemain baharu musim ini dan ada perkara-perkara lain, jadi kita masih lagi jauh daripada tahap yang kita mahukan.

“Hari ini (malam tadi) terutama babak pertama kita tidak bermain baik. Kita tidak bermain sebagai satu unit dan kita kena perbaiki kelemahan yang ada,” katanya menerusi Harian Metro.

Bekas pengendali kelab Ceres Negros yang dikenali sebagai United FC itu juga tiada jawapan mengenai berapa masa yang diperlukan beliau untuk membentuk skuad yang kukuh dan mencapai keserasian ketika ditanya oleh pengamal media. Sebaliknya ketika ini, Risto mahu para pemain terus fokus untuk perlawanan akan datang dan melupakan kekalahan semalam.

“Sukar untuk saya katakan (tempoh diperlukan untuk tingkatkan permainan) sebab kami perlu hadapi satu perlawanan demi satu permainan, dan liga sudah bermula sekarang.

“Tapi kita kena belajar dari kekalahan ini dan kita kena ubah banyak perkara untuk jadi lebih baik dan bermain satu pasukan,” katanya.

Pada perlawanan semalam, PJ City berjaya mencipta kejutan menerusi S. Kumahraan yang meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-42 untuk memberi kekecewaan buat Melaka United dalam aksi pertama Liga Super musim 2022.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN