Nota editor: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan fisioterapi pasukan Sungai Ara FC, En. Qaliz Rozain. Kami ucapkan terima kasih kerana membantu kami menghasilkan artikel ini.
Melihat kualiti padang Stadium Shah Alam dan Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang ‘dilanyak’ teruk bersempena kempen Piala Malaysia baru-baru ini, timbul kerisauan kami terhadap isu kecederaan pemain.
Isu kualiti padang yang teruk sehingga menyumbang kecederaan pemain sudah disuarakan oleh pemain dan jurulatih bola sepak supaya diambil serius.
Padang berbahaya cederakan Terry dan Ramires
Bulan lepas, Jose Mourinho menyalahkan keadaan padang Maccabi Tel Aviv yang teruk kerana menyebabkan kecederaan terhadap John Terry dan Ramires.
John Terry terpaksa dibawa keluar ketika Chelsea mendahului 1-0 pada minit 70′ selepas diasak pemain Maccabi Tel Aviv. Keadaan padang yang buruk menyebabkan Terry tergelincir selepas menerima asakan pemain lawan.
Sebelum perlawanan, Ramires juga cedera selepas terjatuh dalam latihan pra-perlawanan pasukan yang diadakan di padang sama.
Padang di Hong Kong boleh ‘membunuh’ pemain
Ketika Hong Kong menjadi hos Barclays Asia Trophy pada tahun 2013, pengurus Sunderland, Tottenham Hotspur dan Manchester City semuanya menyuarakan kebimbangan terhadap kualiti padang Stadium Hong Kong.
Pengurus Sunderland, Paulo di Canio menggelar padang Stadium Hong Kong sebagai padang yang ‘membunuh’.
Pengurus Spurs, Andre Villas Boas pula menyaksikan Jan Vertonghen cedera ligamen pergelangan kaki selepas bermain di padang Stadium Hong Kong yang becak.
Barcelona tolak kualiti padang Stadium Bukit Jalil
Jangan pula pada tahun sama (2013), Barcelona mengancam untuk membatalkan perlawanan menentang Malaysia atas sebab yang sama.
Selepas menjalani sesi latihan di padang Stadium Bukit Jalil, Barcelona berkeras tidak mahu bermain menentang anak buah Datuk K. Rajagobal di venue sama selepas mendapati kualiti padang stadium tidak memuaskan dan boleh mencederakan pemainnya.
Kejadian ini memalukan negara tetapi ia adalah langkah yang rasional daripada Barcelona untuk melindungi pemainnya daripada kecederaan.
Persoalannya apa risiko kecederaan yang boleh pemain perolehi jika bermain di padang yang berkualiti rendah?
Untuk menjawab soalan ini, kami merujuk kepada fisio pasukan Sungai Ara FC, En. Qaliz Rozain untuk mendapatkan jawapan.
Risiko kecederaan semakin tinggi apabila bermain di padang buruk
Tak dinafikan kualiti padang yang buruk bakal menyumbang risiko kecederaan yang lebih tinggi.
Permukaan padang yang tak rata boleh menyebabkan ligamen terpaksa menampung beban yang lebih. Ini sekaligus menyebabkan ligamen mudah cedera dan terdedah kepada risiko trauma.
“Tapi faktor kecederaan bergantung juga kepada jenis but yang dipakai,” menurut En. Qaliz.
Padang kering dan keras
Di permukaan padang yang kering dan keras, kecederaan yang paling mudah pemain dapati adalah luka di bahagian kaki. Terutamanya di bahagian lutut.
Tetapi ada juga pemain bertindak secara kurang bijak dengan memakai but yang mempunyai mixed studs atau stud besi di permukaaan padang sebegini.
Dari sudut biomekanik, pemain yang memakai but mixed studs atau stud besi di permukaaan padang sebegini akan terdedah kepada risiko kecederaan tapak kaki dan kecederaan jumper’s knee.
Kecederaan jumper’s knee atau turut dipanggil patellar tendonitis adalah kecederaan di bahagian lutut.
Jadi, fisio akan mencadangkan but yang mempunyai firm ground stud untuk dipakai di permukaan padang sebegini untuk mengurangkan risiko kecederaan.
Padang lecah dan lembut
Di permukaan padang yang berlecah dan lembut, kecederaan yang paling mudah pemain dapati adalah kecederaan pergelangan kaki (ankle).
Disebabkan permukaan padang yang berlopak-lopak dan tanah yang tak stabil, pergelangan kaki pemain mudah tercedera.
Risiko kecederaan akan menjadi lebih besar jika pemain memakai but yang mempunyai firm ground stud.
But sebegini akan menyebabkan cengkaman but kepada tanah semakin berkurangan. Sekaligus menyebabkan pemain senang jatuh kerana licin.
Jadi, fisio akan mencadangkan but yang mempunyai mixed stud untuk dipakai di permukaan padang sebegini untuk mengurangkan risiko kecederaan.
Permukaan padang yang tak rata
Sama seperti permukaan padang yang berlecah dan lembut, kecederaan pergelangan kaki (ankle) sering terjadi.
Dan pemain yang selalu menjadi mangsa adalah penjaga gol kerana kawasan mereka sering berlecah, tak berumput dan kadang kala berkawah.
Jika padang kering, kawasan mereka akan menjadi berlekuk-lekuk. Ini mendedahkan penjaga gol kepada risiko luka pula.
Apakah langkah penyelesaian pemain-pemain tempatan untuk melegakan kecederaan selepas bermain?
Ada pemain yang melakukan strapping dan memakai guard. Menurut En. Qaliz, semua ini tidak diwajibkan. Ia bergantung kepada pilihan pemain.
Selain itu, ada juga pemain-pemain bola sepak tempatan yang menggunakan PRO KAS untuk melegakan kecederaan yang dialami selepas latihan dan perlawanan.
Antara pemain profesional tempatan yang menggunakan PRO KAS adalah:
1. Hafiz Kamal (Pahang)
2. Azidan Sarudin (Pahang)
3. Amirizwan Taj (Terengganu) & Ismail Faruqi (Terengganu)
4. Zubir Azmi (Terengganu)
Bagaimana untuk mendapatkan PRO KAS?
Anda boleh terus WhatsApp ‘PK’ ke 016 400 9863. Staf PRO KAS yang pakar akan bersedia menjawab sebarang soalan anda.
Atau hubungi premium stokis dan dealer PRO KAS berhampiran dengan anda (klik link di bawah):
WhatsApp dan hubungi stokis/dealer mereka sekarang untuk bermain tanpa rasa sakit-sakit lagi!