Rio Ferdinand Kini Ubah Angin, Mulakan Karier Sebagai Atlet Tinju Profesional

Adakah kita akan menyaksikan seorang lagi bintang baharu dalam sukan tinju?

Bekas bintang Manchester United, Rio Ferdinand kini melakukan evolusi dalam karier beliau sebagai ahli sukan apabila mengubah haluan dari seorang pemain bola sepak kepada ahli tinju.

Beliau yang baharu sahaja bersara dari bola sepak profesional pada 2 tahun lalu kini dalam usaha untuk mendapatkan kejuaraan dalam arena tinju pula.

Kemasukan Ferdinand dalam dunia tinju ini mendapat dukungan oleh syarikat perjudian terkenal iaitu Betfair.

Betfair membantu Ferdinand untuk menyertai sukan tinju ini dari segala segi. Bermula dengan melamar Ferdinand untuk menyertai sukan ini, mereka kemudiannya membantu Ferdinand untuk mendapatkan lesen untuk menjadi atlet tinju dari British Boxing Board of Control (BBBC).

Menurut Ferdinand, ia merupakan satu cabaran baharu untuk beliau dalam bidang sukan.

“Saya melakukan perkara ini kerana ianya cabaran buat saya.”

“Saya sudah memenangi banyak piala, kini saya mahu memenangi tali pinggang pula!”

Perkara yang dilakukan oleh Ferdinand ini bukanlah perkara baharu di Britain.

Bekas pemain Birmingham City iaitu Curtis Woodhouse juga pernah menjadi ahli tinju dan menjadi johan super-lightweight Britain.

Selain itu, Leon McKenzie yang merupakan bekas pemain Crystal Palace juga pernah menyertai sukan tinju ini.

Sumber:

  1. BBC Sport (2017): Rio Ferdinand: Retired footballer to launch pro boxing career; http://www.bbc.com/sport/boxing/41313235

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN