Rio Ferdinand: Saya Pernah Kena, Harry Maguire Pun Wajib Kena

Harry Maguire

Susulan aksi kurang bermaya ditampilkan ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire pada ketika ini menyaksikan Rio Ferdinand mendesak supaya pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer merehatkan pemain pertahanan termahal dunia tersebut.

Sejak dari musim lalu, persembahan Maguire seringkali menjadi pertikaian dan kisahnya di luar padang juga turut mencuri tumpuan susulan salah laku di Greece pada Ogos lalu.

United yang terjerumus ke kelompok bawahan [tangga ke-16] selepas mengharungi tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 telah dibolosi sebanyak 11 gol.

11 gol itu bermakna Manchester United menjadi pasukan kedua yang paling banyak dibolosi setakat ini bersama Liverpool dan Fulham. West Bromwich Albion (WBA) merupakan pasukan  terbanyak dibolosi apabila telah melepaskan 13 gol. Bagaimanapun, The Red Devils menjadi satu-satunya pasukan yang kurang satu perlawanan berbanding tiga kelab tersebut.

Sehubungan dengan itu, Ferdinand merasakan sudah sampai masanya buat Maguire untuk direhatkan buat seketika dan itu merupakan langkah terbaik bagi mengembalikan keyakinan beliau.

”Dalam situasi sekarang, kadangkala anda harus dikeluarkan daripada ‘oven’ [merujuk kepada merehatkan beliau].”

”Ole mempunyai tugasan besar di tangannya dan saya fikir juga perlu memainkan peranan penting dalam situasi ini,” ujar Ferdinand menurut laporan Goal.

”Mungkin harus mempertimbangkan supaya memberikan waktu rehat buat seketika, biarkan dia bersediri dan meningkatkan lagi keyakinannya.”

”Saya pernah direhatkan dalam satu perlawanan, saya rasa ketika bertemu Middlesbrough di gelanggang lawan, pengurus bercakap kepada saya:’ Kembalilah kepada asas, berlatih dengan baik dan kamu akan kembali’.”

”Itulah yang terjadi dan saya baik-baik sahaja. Kadangkala ia sedikit membantu kita dalam melepaskan tekanan.”

Maguire turut menjadi mangsa kecaman ketika bersama skuad kebangsaan England apabila beliau dilayangkan kad merah pada minit ke-31 yang menyaksikan The Three Lions tunduk 0-1 di tangan Denmark dalam saingan UEFA Nations League 2020, awal pagi semalam.

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Harry Maguire:

Rio Ferdinand: Saya Hampir Berhijrah Ke Barcelona

Rio Ferdinand: Jimat £90 Juta, Jika Chelsea Beri Ruang Kepada ‘Bintang Muda’ Itu

Rio Ferdinand Beri Sebab Kenapa Trio Berbatov-CR-Rooney Berjaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN