Rio Ferdinand Beri Sebab Kenapa Trio Berbatov-CR-Rooney Berjaya

Ferdinand

Legenda Manchester United, Rio Ferdinand mengimbau kembali nostalgia zaman kegemilangan sewaktu menyarung jersi The Red Devils dengan berkongsikan sebab yang membuatkan trio Dimitar Berbatov, Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney berjaya.

Hasil satu hantaran di laman Instagram peribadinya, Ferdinand telah memuat naik gambar di mana beliau meraikan jaringan bersama Berbatov, Cristiano dan Rooney dengan keterangan yang berbunyi: ‘satu impian untuk bermain di belakang ketiga-tiga pemain ini’.

Ferdinand yang akan menjangkau usia 42 tahun pada 7 November itu turut memandang tinggi beberapa aspek menjadi senjata tiga pemain tersebut, antaranya seperti jaringan, tenaga, kemahiran individu, ketenangan, keinginan, kelajuan serta kemahiran membuat keputusan dimiliki mereka.

Dalam pada itu, bekas pertahanan kental itu turut mendedahkan kebiasaan yang dilakukan oleh mereka ini sehingga menjadikan Manchester United sebagai antara pasukan disegani pada era kegemilangan ketika dibimbing Sir Alex Ferguson.

”Ada kami berbalah? Ya”

”Adakah kami mengharapkan sesuatu yang lebih antara satu sama lain? Ya.”

”Terdapat persaingan sihat dalam pasukan? Ya.”

”Adakah kami menghargai antara satu sama lain? Ya.”

”Adakah kami menang? Ya.”

Rio Ferdinand dan trio tersebut sempat beraksi bersama selama semusim pada 2008/09 apabila Cristiano Ronaldo memilih untuk berhijrah ke Real Madrid pada musim berikutnya. Ini juga kerana Berbatov mula menyertai United pada musim tersebut daripada Tottenham Hotspur.

Walaupun hanya semusim bergandingan, Manchester United jelas berada di kelas mereka yang tersendiri apabila muncul sebagai juara Piala Dunia Kelab FIFA, Liga Perdana Inggeris, Piala Liga serta melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Pada aksi final di Stadio Olimpico, Rome, Manchester United tumpas 0-2 di tangan Barcelona sekaligus meleburkan harapan mereka untuk meraih kejuaraan tersebut buat musim berturut-turut selepas menjuarai saingan 2007/08.

Ketiga-tiga trio itu juga turut menjaringkan 60 gol dalam semua pertandingan yang disertai dalam musim tersebut dan 39 jaringan daripadanya adalah bagi saingan Liga Perdana Inggeris.

Kredit foto: Chris Coleman/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain daripada kami mengenai trio ini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN