Richarlison Jadi Mangsa Hinaan Berunsur Perkauman

Richarlison menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman ketika beliau sedang meraikan gol untuk Brazil bertemu Tunisia awal pagi tadi.

Bintang Tottenham Hotspur itu menjaringkan gol kedua Brazil selepas rakan sepasukannya, Raphinha meledak gol pembukaan untuk skuad kendalian Tite.

Richarlison meraikan gol dengan melakukan keraian knee-slide ke arah corner flag.

Walau bagaimanapun, ketika beliau sedang meraikan gol tersebut, para penyokong di Parc des Princes mula menunjukkan perangai tak bertamadun mereka dengan melontarkan objek ke arah Richarlison dan rakan sepasukannya.

Fred dilihat menyepak objek tersebut keluar dari padang sebelum mula menunjukkan reaksi tidak gembira terhadap tindakan para penyokong.

Tidak lama selepas itu, ada penyokong yang melontarkan pisang ke arah Richarlison dan ia jelas sekali bermaksud untuk menghina bintang Brazil itu.

Hal itu agak menyedihkan apa lagi ketika memikirkan yang para pemain Brazil terlebih dahulu menyampaikan mesej anti-racism sebelum sepak mula perlawanan.

Para pemain Brazil bergambar sambil memegang banner yang bertulis:

“Tanpa pemain berkulit hitam, kami tidak akan ada bintang pada jersi kami.”

Mesej hebat itu disampaikan sebagai tanda sokongan para pemain Brazil terhadap bintang Real Madrid, Vinicius Jr yang menjadi mangsa hinaan berunsur perkauman ketika aksi bertemu Atletico Madrid sebelum ini.

Brazil sementara itu berjaya menewaskan Tunisia 5-1 dalam aksi pemanas badan mereka menjelang Piala Dunia pada penghujung tahun ini.

Skuad kendalian Tite itu merupakan antara calon kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia kali ini dan mereka sepertinya sudah sangat bersedia untuk melakukan hal tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN