Ribery Sambung Kontrak Dengan Bayern Munich Selama Setahun

Pemain sayap veteran dari Perancis, Franck Ribery yang berusia 35 tahun mengesahkan beliau telah menandatangani kontrak lanjutan selama setahun untuk kekal di Bayern Munich sehingga 2019.

“Saya amat gembira dapat bermain setahun lagi di kelab yang hebat ini.

“Sejak sekian lama Munich menjadi rumah saya dan keluarga, jadi saya berbangga dapat bermain dengan jersi FC Bayern musim depan,” kata Ribery.

Ribery menyertai Bayern sejak 2007, menjaringkan 80 gol dalam 247 penampilan Bundesliga dan menjuarai gelaran liga Jerman sebanyak lapan kali.

“Kami gembira Franck terus kekal di kelab ini,” kata pengarah sukan Bayern Hasan Salihamidzic.

“Musim ini, Franck sekali lagi membuktikan kemampuan dan kualitinya di Bundesliga, begitu juga dalam Liga Juara-Juara dan Piala Jerman.

“Dia juga turut menggembirakan penyokong kami.”

Biarpun mengalami kecederaan lutut pada Oktober yang menyebabkannya tidak beraksi sebanyak 10 perlawanan, Ribery yang bakal berusia 36 tahun sebaik kontraknya tamat, menjaringkan lima gol dalam 19 penampilannya musim ini.

Dia menjadi nadi pasukan ketika Bayern menjulang trebel Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara pada 2013, menyumbang 11 gol dan membantu 23 jaringan dalam 43 perlawanan.

Malah hantaran terakhir Ribery yang dimanfaatkan Arjen Robben untuk gol kemenangan di Wembley apabila Bayern menewaskan Borussia Dortmund 2-1 pada final Liga Juara-Juara tahun berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN