Ribery: Ballon D’Or 2013 Adalah Satu Rompakan Ke Atas Saya

Franck Ribery sekali meluahkan kekecewaan beluau kerana tidak dapat memenangi 2Ballon d’Or 2013 yang beliau sifatkan sebagai salah satu ketidakadilan terbesar di dalam karier beliau.

Ribery menganggap ia salah satu rompakan ke atas dirinya di dalam lapangan bola sepak.

Hampir 6 tahun telah berlalu sejak Franck Ribery menduduki tangga ke-3 dalam kedudukan Ballon d’Or – dalam keadaan ramai pihak merasakan beliau adalah calon yang paling berhak juara. Ribery masih terluka setiap kali mengenangkannya.

Pada 2013 Ribery sangat sensasi di peringkat kelab. Beliau mencatatkan 22 gol dan 18 assists – untuk membantu Bayern Munich memenangi Bundesliga, Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA, Piala Jerman dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak cukup untuk mengetepikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Ronaldo mendapat 27.99% undian untuk memenangi anugerah tersebut, manakala Messi mendapat 24.72% dan Ribery hanya mendapat tempat ke-3 dengan undian sebanyak 23.36%.

Franck Ribery berkata: “Lebih daripada mengecewakan, ianya adalah satu ketidakadilan yang terbesar dalam karier saya. Bukan sahaja ketidakadilan pada pandangan saya, tetapi juga ketidakadilan ke atas orang ramai.”

“Saya berada di kemuncak prestasi dan saya menamatkan saingan Ballon d’or, hanya di tangga ke-3, saya tidak pernah merasa cemburu ke atas Ronaldo atau Messi. Saya luahkan perkara ini dengan sangat rendah hati – dan kerana inilah kebenarannya.”

Ini bukan kali pertama Ribery telah meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap keputusan itu. Beberapa tahun sebelum ini beliau berakata perkara itu sebagai sukar untuk diterima dan dicerna.

Ribery kini menjadi ejen bebas. Tempoh hari beliau telah menolak tawaran daripada Sheffield United. Kerana menurutnya kelab tersebut bukannya kelab besar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN