Apa Beza Antara China, Hong Kong, Macau dan Taiwan?

Beberapa hari lalu, ada pembaca di laman Facebook kami melontarkan satu persoalan apakah perbezaan di antara keempat-empat wilayah ini?

Maka, kami akan memberikan kefahaman ringkas dan signifikan kepada sukan bola sepak di rantau Asia Timur ini.

Mana satu China?

Baiklah, nama sebenar China yang beribu negara di Beijing ialah Republik Rakyat China atau nama Inggerisnya lebih dikenali sebagai People’s Republic of China.

Manakala, Taiwan memiliki nama sebenar iaitu Republik China. Masyarakat dunia mengenalinya sebagai Republic of China. Tetapi, dalam konteks sukan, ia lebih mesra dipanggil Chinese Taipei.

Setelah kekalahan puak nasionalis China sewaktu perang sivil pada penghujung 1940-an, mereka berhijrah beramai-ramai ke Taiwan. Manakala sang pemenang perang tersebut iaitu puak komunis mula mendominasi China.

Dan bermulalah episod ‘kekeliruan’ dunia mengenai status China – Taiwan. Malah, ada negara yang tidak terlalu serius mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan, kerana ingin menjaga hubungan bilateral dengan China.

Sebenarnya ada usaha untuk menyatukan kembali kedua-dua wilayah ini. Ia diadakan dalam suasana harmoni dan cuba mengelakkan suasana konflik bersenjata di rantau tersebut.

Senang cerita, Taiwan bukanlah sebahagian China seperti dianggap majoriti masyarakat dunia.

Apa beza Hong Kong dengan Macau?

HONG KONG – JUNE 30: The Handover of HongKong to China in Hong Kong city, Hong Kong on June 29, 1997 – General view of the handover ceremony. (Photo by Pool AVENTURIER/BUU/HIRES/Gamma-Rapho via Getty Images)

Konsep mudahnya mereka merupakan wilayah berasingan. Macau dikuasai Portugal sejak kurun ke-16. Hong Kong pula dikuasai Britain pada dekad 1840-an.

Pada 1997, Hong Kong dipulangkan kembali ke China. Namun begitu, ia tidak semudah itu.

Ini disebabkan ada perjanjian yang mesti diikuti China iaitu melaksanakan formula ‘satu negara dua sistem’. Formula ini bermaksud biarpun mereka ia satu negara, kedua-dua corak pentadbiran mestilah berbeza satu sama lain.

Contohnya, di Hong Kong boleh diadakan pilihan raya. Tetapi tidak di China. Walau bagaimanapun, beberapa bidang kuasa masih dinaungi oleh China seperti pertahanan.

Macau juga turut ditadbir oleh China. Semasa penyerahan Macau kepada China oleh Portugal pada 1999, kedua-dua pihak juga bersetuju melaksanakan konsep ‘satu negara dua sistem’ yang disebutkan di atas.

Bagaimana dengan bola sepak?

Pasukan bola sepak Macau berlatih semasa persediaan untuk ke Piala Dunia 2022. Sumber: SCMP.

Menurut laman web FIFA, FA China menyertai FIFA sejak 1931. FA Chinese Taipei pula menganggotai badan induk itu pada 1954.

Pada era pemerintahan British, FA Hong Kong diberikan peluang menyertai FIFA pada tahun 1954. FA Macau pula menjadi ahli mulai tahun 1978.

Ini merupakan salah satu faktor kenapa keempat-empat pasukan dilihat berasingan dalam dunia bola sepak!

Siapa hebat?

China memenangi EAFF Championship edisi 2010. Sumber: Sina.com

China sahaja negara yang berjaya menyertai Piala Dunia iaitu pada 2002. Pada 1956, Hong Kong diberikan mandat menjadi tuan rumah sulung Piala Asia.

Media di rantau ini pernah menggelarkan pertemuan empat pasukan ini sebagai pertemuan derbi. Tetapi, ia tidaklah terlalu serius.

Ini disebabkan faktor ada sukan lain lebih diikuti. Taiwan sebagai contoh ramai rakyatnya meminati besbol. Di China pula ramai menonton perlawanan bola keranjang.

Keempat-empat pasukan ini sering merebut gelaran selaku juara EAFF Championship, pertandingan bola sepak serantau mirip Piala AFF Suzuki.

China pernah menjadi johan sebanyak dua kali dalam kejohanan EAFF Championship. Ini membuktikan mereka ‘abang besar’ dalam sukan bola sepak.

Penulis berpandangan tidak akan sesekali keempat-empat pasukan ini akan bersatu. Jika bersatu, hilang serinya suasana bola sepak di Asia Timur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN