Rezal Zambery Yahya Dipilih Sebagai Presiden Baharu PFA Malaysia

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) Malaysia telah membentuk barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2017-2019 dengan bekas pemain Negeri Sembilan dan ATM, Rezal Zambery Yahya dipilih sebagai presiden pada Mesyuarat Agung Dua Tahunan kali ke-2 pada 25 November lalu di Olympic Sports Hotel, Kuala Lumpur.

Selaku presiden baharu, Rezal melahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui kempimpinan PFA Malaysia yang beliau sifatkan sebagai sebuah organisasi yang kukuh.

“PFA Malaysia berjaya membentuk dan melantik ahli jawatankuasa bagi sesi 2017-2019 untuk meneruskan legasi PFAM yang sebelum ini kukuh dan kuat bagi melaksanakan amanah sebagaimana legasi yang ditinggalkan oleh jawatankuasa sebelum ini.” jelas beliau selepas mesyuarat exco pertama PFAM di Alor Setar pada Sabtu.

“Ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa terdahulu seperti Amirizdwan Taj Tajudin dan Khairul Fahmi Che Mat yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi demi membela nasib pemain bola sepak di negara kita. Terima kasih atas khidmat yang telah diberikan.,” katanya seperti dipetik dalam laman facebook rasmi PFA Malaysia.

Antara muka baharu yang dipilih sebagai exco adalah Mohd Razman Roslan dan Badrol Bakhtiar serta exco PFAM bagi sesi 2015-2017, Rudie Ramli kini dipilih sebagai Bendahari persatuan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rezal berkata sasaran PFAM tahun hadapan ialah melahirkan lebih ramai golongan terpelajar dalam kalangan pemain bola sepak tempatan.

Menurut Rezal, bagi memastikan pemain mempunyai peluang pekerjaan yang lebih luas selepas menggantung but, adalah penting untuk mereka memiliki pendidikan yang formal.

“Pada tahun 2018 PFAM merangka untuk menambah peluang pendidikan kepada pemain dengan berkerjasama beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memastikan pemain mendapat pendidikan formal yang berguna untuk masa depan mereka.

“Ia juga akan membuka peluang pekerjaan menerusi penubuhan akademi sendiri yang akan diusahakan oleh PFAM dengan dikendalikan oleh ahli-ahli PFAM,” katanya

Memperjuangkan hak pemain bola sepak profesional di negara ini akan terus menjadi agenda PFAM yang ditubuhkan empat tahun lalu, apatah lagi Liga Malaysia (Liga M) belum ‘bersih’ sepenuhnya daripada isu kontrak serta gaji pemain.

Justeru, penubuhan National Dispute Resolution Chamber (NDRC) yang bertindak sebagai tribunal timbangtara khas tahun depan diharap dapat menyelesaikan isu-isu kontrak pemain.

Gambar kredit : PFAM

“Kami akan mempergiat usaha untuk memperbaiki kontrak pemain di Malaysia dan bekerjasama dengan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk menubuhkan NDRC iaitu tribunal timbangtara khas untuk isu-isu kontrak pemain.

“Masih ada isu yang belum selesai, dalam perhatian Jawatankuasa Status FAM dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa). Harap pada 2018 kami dapat menyelesaikan lebih banyak kes berkaitan tunggakan gaji dan kontrak pemain.

“Isu yang sering dingkitkan oleh ahli adalah tunggakan gaji dan penamatan kontrak pemain secara tidak adil. Kami di PFAM merasakan sudah tiba masanya pasukan mengambil serius perkara ini supaya profesionalisme dalam bola sepak Malaysia dapat diangkat, seiring dengan usaha FAM yang ingin memastikan setiap pasukan mempunyai tatacara pentadbiran yang tersusun, selari dengan Peraturan Pelesenan Kelab,” katanya.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL MALAYSIA SESI 2017-2019

PRESIDEN
Rezal Zambery Yahya

TIMBALAN PRESIDEN
Hairuddin Omar

SETIAUSAHA
Ahmad Fauzi Saari

BENDAHARI
Rudie Ramli

AHLI JAWATANKUASA
Mohd Fairuz Abdul Aziz
Shahrom Kalam
Mohd Razman Roslan
Baddrol Bakhtiar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN