Rezal Pasrah Peluang Kelantan Juara Liga Premier Tipis

Rezal Zambry Yahya

Pengendali Kelantan, Rezal Zambry Yahya mengakui yang pasukannya tidak mempunyai peluang yang cerah apabila berbicara mengenai peluang menjulang Liga Premier.

Kelantan yang kini mengekori rapat Johor Darul Ta’zim (JDT) II yang mendahului liga, mengalami kejutan selepas kalah 2-1 ditangan Selangor 2 di Kota Bahru.

“Memang kita rasai tekanan demi tekanan sejak bermula pusingan kedua liga sebab kita sentiasa berada di atas.

“Kita memang tidak boleh buat kesilapan sebab pasukan lawan yang berada di bawah kita masing-masing ingin mengejar dan kenyataannya adalah mereka ingin kalahkan pasukan yang berada di atas.

Tambah Rezal lagi, adalah perlu untuk setiap pasukan tidak melakukan sebarang kesilapan termasuklah Kelantan sendiri.

Hal ini baginya, jika berlakunya kesilapan maka pasukan akan tergelincir dan tidak mampu untuk bersaing.

Bercakap mengenai peluang untuk muncul juara, Rezal mengakui yang peluangnya amat tipis dan perlu mengharapkan keajaiban pada minit akhir memihak mereka.

“Jadi kesilapan kita adalah kita tidak dapat menyerap tekanan ini dan akhirnya membuat kesilapan.

“Peluang masih ada tetapi sangat-sangat tipis, jadi kita kena segera perbaiki kesilapan yang telah dilakukan,” ujar Rezal.

Kelantan kini ditangga kedua dengan mengutip 36 mata – tiga mata dibelakang JDTII yang mengutip 39 mata.

Kuching City yang berada ditangga ketiga mengumpul 33 mata.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN