Pengadil Aksi Selangor-JDT Bukan Berat Sebelah, Tapi Tak Konsisten

Johor Darul Ta'zim

Perlawanan Liga Super melibatkan Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium MBPJ tempoh hari menyajikan pelbagai aksi-aksi menarik kepada penyokong.

Walaupun pelbagai aksi menarik yang disajikan, pengadil tetap menjadi tumpuan. Ini berikutan beberapa keputusan meragukan dan tidak konsisten yang diputuskan sepanjang perlawanan.

Penyokong JDT tidak terkecuali pasti akan terkilan apabila terdapat beberapa pemain Selangor yang tidak dilayangkan kad merah selepas membuat beberapa terjahan kasar.

Sementara itu, sepakan penalti JDT selepas Arif Aiman dijatuhkan menimbulkan rasa berang penyokong Selangor yang berpendapat penalti tersebut tidak sepatutnya diberikan.

Tindakan pengadil memberikan sepakan penalti kepada JDT itu menimbulkan persepsi yang pegawai perlawanan hanya memihak kepada Harimau Selatan sepanjang perlawanan.

Jika dilihat dari sudut pandang objektif, pengadil sebenarnya mempamerkan mutu pengadilan yang kurang konsisten. Baik kepada tuan rumah, Selangor mahupun pelawat JDT.

Bukan berat sebelah, tapi tak konsisten

Susulan kontroversi pengadil dalam perlawanan tersebut, tular video Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon yang menempelak dan memaki pengadil. Tindakan Johan memaki pengadil selepas perlawanan secara berdepan-depanmenimbulkan persoalan – benarkah wujud unsur berat sebelah?

Bukan satu rahsia lagi jika dilihat pada statistik, prestasi pengadil pada perlawanan tersebut bukanlah pada tahap terbaik. Bahkan, terdapat beberapa keputusan meragukan yang diterima oleh Selangor dan JDT.

Sebagai contoh, terdapat satu insiden apabila bola terkena pada bahagian Brendan Gan dalam kotak penalti. Namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti walaupun ianya adalah jelas.

Pengadil lebih memilih untuk tidak memberikan sepakan penalti kepada JDT lalu meneruskan permainan.

Selain itu, pengadil turut memilih untuk ‘melepaskan’ Selangor apabila pemain mereka melakukan kekasaran ke atas Arif.

Pemain Selangor iaitu Fazly Mazlan juga dilihat telah menyepak Arif dibahagian pinggang pemain muda itu. Namun pengadil memilih untuk tidak menghukum Fazly.

Kaki tinggi yang diberikan Fazly Mazlan ke atas Arif Aiman

Selain itu, terdapat juga satu insiden pemain Selangor menyepak bola ketika Fernando Forrestieri mahu mengambil sepakan percuma. Kesalahan ini juga tidak dihukum oleh pengadil.

Pengadil aksi Selangor dan JDT tempoh hari juga dilihat tidak konsisten dalam pemberian kad kuning dan foul kepada kedua-dua pasukan.

Sebagai contoh, Selangor merekodkan 31 kekasaran ke atas pemain JDT namun mereka hanya mengutip tiga kad kuning sahaja.

Kekasaran yang dilakukan oleh Richmond Ankrah ke atas Natxo Insa.

Sebaliknya, pengadil dilihat lebih ‘keras’ kepada JDT dengan memberikan empat kad kuning kepada mereka walaupun hanya melakukan 15 kekasaran sahaja – kurang 50% daripada apa yang dilakukan Selangor.

Selangor juga dilihat terlepas daripada menerima kad merah oleh pengadil sebanyak tiga kali dalam perlawanan ini.

Ariff, La’vere Corbin-Ong, Natxo Insa dan Leandro Velazquez antara pemain-pemain JDT yang menerima ‘layanan’ istimewa daripada Selangor sepanjang perlawanan. Namun tiada seorang pun pemain Selangor dibuang padang.

Kekasaran oleh Zikri Khalili ke atas La’vere Corbin-Ong yang boleh dikenakan kad merah

CEO patut tunjuk teladan yang baik

Kemarahan penyokong Selangor apabila pengadil memberikan sepakan penalti selepas Arif dijatuhkan itu jelas ketara hingga ke media sosial.

Namun, bukan penyokong Gergasi Merah sahaja yang naik angin dengan keputusan tersebut.

Tular di media sosial apabila Dr. Johan secara berdepan memaki pengadil perlawanan di luar stadium sewaktu pegawai tersebut hendak pulang daripada stadium.

CEO Selangor Turut Sertai ‘Majlis’ Maki Pengadil Selepas Perlawanan

Tindakan sebegini bukanlah satu perkara yang boleh dijadikan contoh, terutamanya apabila ianya hadir daripada seorang yang merupakan ‘kepala’ kelab.

Tidak pasti sama ada ianya kerana tindakan populis yang cuba diambil untuk meraih sokongan penyokong Selangor atau sememangnya cukup bengang dengan prestasi pengadil. Apapun, tindakan Dr. Johanini tidak wajar untuk dilakukan.

Dr. Johan juga berdepan kemungkinan tindakan disiplin dari Persatuan Bolasepak Malaysia atas tingkah laku kurang profesionalnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN